- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

292 Projek Di Mukah Dalam Pelaksanaan

Must read

Sejumlah 292 buah projek telah dan sedang dilaksanakan di Bahagian Mukah sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke 12 (RMKe-12)  yang bermula pada  tahun  2021  sehingga  2025.

Sehingga 31 Julai 2024, daripada  jumlah tersebut 274 atau 93.8 % adalah projek fizikal dan 18 atau 6.2% adalah  projek  bukan  fizikal.

Daripada  jumlah  tersebut  32.8  % projek  fizikal atau  96 projek  telah  siap  manakala  selebihnya masih dalam peringkat pelaksanaan.

Premier Sarawak mengumumkan beberapa perkembangan hasil Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Negeri di Pejabat Pentadbiran Bahagian Mukah

Perkembangan ini menunjukkan majoriti projek telah dilaksanakan mengikut jadual. Demikian menurut Premier Sarawak, sebaik sahaja selesai mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri (SDCCM) Bil 2/2024 di Pejabat Pentadbiran Bahagian Mukah pada 15 Ogos 2024.

BilKategori ProjekBil. ProjekSiling Peruntukan /Kos Projek
1Projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12(RMK)103RM448.7 juta
2Projek Rakyat75RM1,014 juta
3Projek di bawah Alternative Funding (AF)60RM2,057.7 juta
4Rajang Delta Development Agency (RADDA)54RM705.8 juta
Jumlah Keseluruhan292RM4,226.2 juta

Pada perkembangan berkaitan, dalam mesyuarat tersebut juga turut membincangkan tujuh (7) pembentangan berkenaan status pelaksanaan projek di Mukah yang melibatkan Prestasi Keseluruhan Pelaksanaan Projek Di Bahagian Mukah oleh Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU).

Manakala taklimat dan prestasi projek di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUTS), Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (MPHLG), Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar (MUDENR), Kementerian  Industri  Makanan, Komoditi  dan  Pembangunan Wilayah (M-FICORD), Rajang Delta Development Agency (RADDA).

Antara lain, pecahan peruntukan menunjukkan MIPD bertanggungjawab terhadap projek bernilai RM2.3 bilion yang termasuk pembinaan jambatan-jambatan utama seperti Jambatan Igan, Jambatan Paloh dan Jambatan Muara Lassa dengan jumlah kos sebanyak RM1.45 bilion.

Kementerian Utiliti turut melaksanakan projek-projek bekalan air, elektrik, dan telekomunikasi yang bernilai RM2.839 bilion selain RADDA  telah merancang projek bernilai RM705 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing,  merangkumi usaha menaik taraf kawasan-kawasan di bawah pentadbiran RADDA, termasuklah kegiatan ekonomi dan sosial terutamanya dalam bidang pendidikan.

AgensiJumlah ProjekKos Projek (RM Juta)
MIPD 2,320
 Jalan40769
 Jambatan61,450
 Lain-lain17101
MUTS 2,839
 Air522,400
 Elektrik10101.8
 Telekom290337.76
MPHLG32241
MUDENR18186
M-FICORD1677
RADDA54705

Antara beberapa syor dalam mesyuarat ini, ialah bagi Kampus Laila Taib Universiti Teknologi Sarawak, Untuk  melihat  secara  menyeluruh  keperluan  kemudahan  dan teknologi diperlukan dalam merangka dan mengendalikan program/kursus  dalam industri marin.

Umpamanya keperluan pembelian aset kapal bagi tujuan pembelajaran serta mewujudkan  kerjasama  strategik  dengan  institusi  dalam  dan  luar  negara  (Turkey)

Beliau turut menekankan, Mukah kini mempunyai pelbagai kemudahan pendidikan, termasuk Universiti Teknologi Sarawak (UTS) Kampus Laila Taib, yang menawarkan program kejuruteraan marin, selain latihan yang diberikan oleh CENTEX, Politeknik dan UiTM Mukah.

Selain itu mengenai mekanisme perolehan peruntukan untuk Membangunkan Semula sekolah dan klinik usang, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM200 juta untuk membangunkan semula Sekolah dan klinik usang di negeri ini.

Peruntukan tersebut adalah di bawah Inisiatif Pembiayaan awal di mana Sarawak akan menyediakan kewangan terlebih dahulu bagi projek persekutuan di negeri ini.

Bagi tujuan itu, Sarawak telah menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk membaiki sekolah usang dan RM100 lagi juta untuk klinik usang, dan ia akan dilaksanakan di dalam 18 bulan

Mengenai usaha meningkatkan pendapatan Isi Rumah Luar Bandar,  penekanan kepada sektor pertanian dan Pendidikan akan menjadi fokus kepada Kerajaan Sarawak bagi meningkatkan pendapatan isi rumah di Sarawak

Kerajaan turut menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk melabur dalam sektor pertanian khususnya dalam pengeluaran padi bagi mencapai tahap sara diri (SSL).

Dalam perkara berkaitan, kerajaan Sarawak turut menggalakkan Pelaburan dalam Tenaga Hijau terutama daripada Institusi kewangan di Malaysia (KWSP) dan luar negara (Abu Dhabi), sebagai contoh  dalam pembangunan tenaga solar.

Selain itu, hubungan baik antara Persekutuan/Negeri akan terus diperkukuhkan melalui  kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan menegakkan hak Sarawak melalui MA63.

Bagi mengelakkan projek lewat jadual, Mesyuarat bersetuju agar kontraktor yang dilantik dan gagal memulakan kerja ditapak projek dalam tempoh sebulan selepas menerima SST akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Sarawak (SDCCM) Bil.2/2024  di Bahagian Mukah adalah merupakan mesyuarat kedua untuk tahun ini selepas Bahagian Limbang pada 6 Mac 2024.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk memantau pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-12  dan juga projek-projek Alternative Funding yang memberikan fokus kepada Projek  Lewat  Jadual, Lewat  Jadual Kritikal & Projek Belum Mula.

Selain itu, jawatankuasa ini juga memainkan peranan  untuk  melaksanakan  intervensi  yang  efektif bagi mengurangkan  projek-projek  bermasalah  di  Sarawak  dalam menegakkan integriti dan memastikan tatakelola yang baik dalam pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Premier Sarawak ini turut dihadiri oleh Timbalan-Timbalan Premier, YB Menteri-Menteri, YB Setiausaha Kerajaan Sarawak, Timbalan-Timbalan  Menteri, Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian, Ketua-Ketua Jabatan dan YB bagi kawasan  Parlimen  dan  Dewan  Undangan  Negeri  di  Bahagian Mukah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article