- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Cadangan Tubuh Institusi Pengajian Tinggi Negeri

Must read

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat YB Datuk Dr Annuar Rapaee memaklumkan hal yang berkaitan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Negeri (IPTN) ada dibincangkan  sewaktu perjumpaan mereka dengan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan semua Exco pendidikan negeri di seluruh Malaysia.

Menurut beliau, perkara ini perlu diperhalusi sama ada sekiranya universiti dan kolej milik kerajaan jika tidak disamakan taraf kepada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), IPTN perlu diwujudkan.

Beberapa aspek lain seperti penggabungan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di bawah kerangka kerja ini perlu juga diperincikan.

Mengambil perkembangan mutakhir, jelas beliau beberapa negeri mempunyai sudah  institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Melaka, Selangor termasuk di Sarawak.

Tambah beliau lagi, kebanyakan negeri di seluruh Malaysia mempunyai universiti tersendiri dan  perbezaan antara institusi swasta dan awam itu wujud.

Sarawak mempunyai lima (5) institusi tinggi milik kerajaan negeri adalah Universiti Curtin, Universiti Swinburne, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

Universiti Swinburne, Kuching
Universiti Teknologi Sarawak (UTS)
Kolej Universiti i-CATS
Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS)

Walaupun universiti-universiti tersebut dimiliki oleh Kerajaan Sarawak, namun ia masih diklasifikasikan sebagai universiti swasta dan tidak menerima geran atau peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, sekiranya cadangan ini dilaksanakan kelak, IPTN berkemungkinan akan dapat memperoleh bantuan geran, insentif berkaitan cukai serta lain-lain kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

Jelas beliau lagi, antara kelebihannya pertama dari segi insentif cukai. Kemudian yang keduanya adalah mungkin kerajaan persekutuan boleh menyalurkan dana kepada IPTN, kerana ia milik kerajaan negeri dan ia juga sebuah syarikat swasta, jadi maksud saya di sini adalah jika institut pengajian tinggi ini di bawah konteks IPTN, mungkin kerajaan persekutuan dapat menyalurkan geran kelak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Kokurikulum dan Pengalaman Pembelajaran (1st International Conference on Co-curricular and Learning Experience – ICCLE) 2024 di Kuching pada 19 Jun 2024.

ICCLE 2024 dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersama rakan strategiknya Majlis Kokurikulum Universiti-Universiti Malaysia (UNiCC) bertujuan memangkin serta meningkatkan kemahiran insani seperti inovasi, keusahawanan, budaya, pengucapan awam serta khidmat komuniti daripada pemain industri serta warga akademik.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article