- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Empat Dekad Penambahbaikan SSPA

Must read

Tidak ramai yang mengetahui bahawa, Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah melalui pelbagai penambahbaikan dalam empat (4) dekad ini.

Pada tahun 1980, berlaku perubahan gaji pegawai sektor awam. Menerusi Jawatankuasa Kabinet (JKK). Inisiatif ini tertumpu kepada perbandingan upah dengan sektor swasta, kadar upah untuk kerja, kelayakan masuk dan latihan, prinsip gaji bersih dan penetapan elaun berkenaan.

Mulai tahun 1991, Sistem Saraan Baru (SSB) dikuatkuasakan bertujuan untuk mengkaji dan mengemas kini kadar upah dengan kerja mengikut perkhidmatan, jawatan dan prestasi anggota, kelayakan masuk dan latihan, gaji pokok dengan komponen berubah, perbandingan adil bagi jenis dan peringkat kerja, relativiti dan pariti, serta pengasingan saraan melibatkan Badan Berkanun tertentu yang mempunyai kemampuan kewangan dan jentera organisasi yang kukuh.

Seterusnya, Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenalkan pada tahun 2002, menumpukan kepada aspek pengukuhan terhadap penambahbaikan di bawah SSB yang mana antaranya melibatkan pengenalan elemen kompetensi dalam pengurusan prestasi penjawat awam.

Pada tahun 2011, sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diperkenalkan dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak  RM2.9 bilion. Namun, pelaksanaannya telah dibatalkan dan SSM ditambah baik melalui pengenalan Jadual Gaji Minimum Maksimum (JGMM) dan kadar gaji baru serta kenaikan gaji 7% hingga 13%.

Pemantapan SSM diteruskan pada tahun 2016 melalui rasionalisasi skim perkhidmatan yang melibatkan penyeragaman gred lantikan, tambahan lapisan gred kenaikan pangkat, perluasan pemakaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), pindaan perbekalan skim perkhidmatan, pemindahan kelayakan sijil politeknik / sijil setaraf Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) daripada skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/ diploma serta penjumudan dan pemansuhan skim perkhidmatan.

Setelah hampir 21 tahun anggota perkhidmatan awam mengguna pakai SSM, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 2 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 7 Ogos 2023 telah bersetuju agar semakan sistem saraan dilaksanakan menerusi Kajian SSPA.

Rentetan daripada cadangan pelaksanaan sehinggalah kepada pengumuman SSPA

Pengumuman Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perkhidmatan Awam ke -19 pada 16 Ogos 2024 membuktikan komitmen kerajaan terhadap anggota perkhidmatan awam yang menjadi tunjang dan jentera kekuatan pentadbiran negara.

Setelah mengambil kira pelbagai faktor, Kerajaan bersetuju agar Sistem Saraan Malaysia (SSM)  digantikan  kepada  Sistem  Saraan  Perkhidmatan  Awam  (SSPA)  berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.

Antara komponen penting dalam SSPA ini ialah pelarasan  gaji   ini  akan  dilaksanakan  secara   berfasa  iaitu   pada   1 Disember  2024  bagi  Fasa  1  dan  pada  1  Januari  2026  bagi  Fasa  2. 

Pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional akan menerima pelarasan gaji Fasa 1 sebanyak 8% serta 7% bagi Fasa 2.

Bagi pegawai Kumpulan  Pengurusan  Tertinggi  (KPT),  pelarasan  gaji  yang  diberikan  adalah sebanyak 4% bagi Fasa 1 dan 3% bagi Fasa 2.

Kerajaan   turut   bersetuju    supaya   Gaji    Permulaan   Terendah    (GPT)   dalam Perkhidmatan  Awam  ditambah   baik  kepada   RM1,500  sebulan.   Gaji  penjawat awam  yang  sedang  berkhidmat  akan  diselaraskan  pada   1   Disember  2024, manakala penyelarasan pencen juga akan dilaksanakan berdasarkan pelarasan ke atas gaji akhir pesara.

Rumusan Analisis Kajian SSPA
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article