- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

RM17 bilion Diperlukan Bagi Menaiktaraf Kemudahan Kesihatan Daif di Sarawak

Must read

Sarawak memerlukan peruntukan berjumlah RM17 bilion bagi menaiktaraf, membaik pulih, membina semula kemudahan kesihatan yang dikenal pasti terdapat termasuk sejumlah 206 klinik kesihatan berada dalam keadaan daif

Timbalan Menteri Kesihatan, YB Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata angka tersebut dikemukakan Kerajaan Sarawak kepada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan peruntukan bagi menaik taraf semua kemudahan kesihatan di negeri ini, bukanlah sekadar menggantikan klinik tetapi seluruh kemudahan kesihatan di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Siri 1 Daerah Lundu dan Sambutan Hari Denggi Asean Bahagian Kuching 2024 di Sematan pada 8 Jun yang lepas.

Menurut beliau, walaupun angka tersebut nampak besar, tetapi ia perlu dirancang dengan teliti dan pengagihannya diperlukan dalam beberapa siri Rancangan Malaysia akan datang

Kebanyakan kemudahan kesihatan yang lengkap terletak di pusat bandar

Lanjutan daripada itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam proses menyenaraikan klinik-klinik kesihatan dan beberapa buah hospital di Sarawak yang daif serta menghampiri usia emas untuk dimasukkan dalam senarai naik taraf dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RM Ke-13).

Mengulas lebih lanjut, beliau berkata sejumlah 206 klinik kesihatan tersebut dikenal pasti daripada 271 klinik kesihatan di Sarawak yang berstatus daif yang memerlukan tindakan segera.

Kemudahan kesihatan di luar bandar perlu ditingkatkan terutama di kawasan luar bandar

Bagi tahun 2024, sejumlah 39 buah klinik kesihatan di Sarawak akan dibaik pulih dan dinaik taraf melibatkan peruntukan berjumlah RM19 juta iaitu tambahan kepada 30 buah klinik yang telah di naik taraf tahun lalu (2023)

Beliau berkata, sebanyak RM19 juta sudah diluluskan bagi melaksanakan projek menaik taraf 39 klinik daif itu iaitu enam di bandar dan 33 lagi di luar bandar negeri ini.

Pihaknya juga sudah mengenal pasti kemudahan yang akan diberi keutamaan seperti Klinik Kesihatan Biawak yang berdekatan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dan Klinik Kesihatan Long San di Hulu Baram.

Selain itu, pihaknya juga akan membina baharu Klinik Kesihatan Singai di Bau serta Klinik Kesihatan Sepupok di Niah.

Manakala mengenai status projek Hospital Petra Jaya, KKM komited dalam usaha menyiapkan Hospital Petra Jaya bagi membolehkan ia beroperasi menjelang tahun 2026 dengan tahap kemajuan pembinaan telah mencapai sebanyak 70 peratus dan dijangka siap pada Ogos 2026.

Projek Hospital Petra Jaya bermula pada 2013 dan sebelum ini ia dijadualkan siap pada November 2016, namun kontraktor asal gagal menyiapkannya.

Taburan lokasi hospital dan klinik di Sarawak
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article