- Advertisement -spot_img
4,848
published news
and counting

Perkukuh Inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak Ke Pentas Global

Must read

Penyertaan Perkhidmatan Awam Sarawak  dalam ke  International Convention on Quality Control Circles 2024 (ICQCC) di Colombo, Sri Lanka dan lawatan penanda aras ke Jepun bukan sahaja memberi peluang untuk bertukar pandangan dengan pakar antarabangsa, tetapi juga memperkukuhkan usaha kita ke arah transformasi dan inovasi dalam Perkhidmatan Awam Sarawak

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU), Superi bin Awang Said yang juga selaku Ketua Jawatankuasa bagi kedua-dua rombongan ini dalam ucapannya semasa majlis penyerahan bendera pada 4 November 2024.

Beliau  berharap delegasi ini dapat membawa pulang ilmu serta inspirasi yang berharga untuk diterapkan dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Delegasi Perkhidmatan Awam Sarawak ke  ICQCC di Colombo, Sri Lanka akan diketuai oleh beliau sendiri dan turut disertai oleh 35 orang pegawai bermula dari 11 hingga 14 November 2024.

 ICQCC merupakan acara tahunan yang mengumpulkan pengamal inovasi dari seluruh dunia untuk bersaing dan berkongsi idea, pengalaman serta kepakaran dalam usaha meningkatkan produktiviti.

Sebanyak empat (4) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) yang merupakan pemenang                 Anugerah Inovasi SCSICA 2023 akan mewakili Sarawak dalam ICQCC 2024 iaitu                                            Kumpulan LANDS TAHAI Q, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Limbang;                              Kumpulan EAGLE, Majlis Perbandaran Sibu; Kumpulan IPOK, Pejabat Residen Mukah dan Kumpulan TECHSKAP, Lembaga Kemajuan Bintulu.

Sementara itu, lawatan penanda aras inovasi Perkhidmatan Awam Sarawak ke Jepun pula akan berlangsung dari 1 hingga 6 Disember 2024, disertai oleh 19 orang pegawai sebagai penghargaan atas dedikasi dan usaha gigih kumpulan KIK semasa program ICQCC 2022                         di Jakarta, Indonesia. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan inovasi dan peningkatan kualiti penyampaian sektor awam melalui bengkel, simulasi, serta latihan praktikal yang akan dikendalikan oleh pakar dari Jepun.

Antara delegasi yang turut serta dalam lawatan tersebut ialah tiga (3) kumpulan yang pernah memenangi anugerah semasa program ICQCC 2022 iaitu kumpulan SIRIUS PRIME                            daripada Majlis Bandaraya Miri telah berjaya membawa pulang The Prime Gold Award,                    manakala kumpulan SASSOKU TECH dan INNOTECH Q9 daripada Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Kuching dan Bahagian Bintulu, masing-masing telah memenangi Gold Award dalam konvensyen tersebut.

Penyerahan bendera Sarawak kepada ketua delegasi yang akan ke negara Jepun dan Sri Lanka telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak,  YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, sebagai simbolik semangat untuk kejayaan cemerlang serta inspirasi kepada para delegasi.

Penyertaan dan Lawatan Penanda Aras diharap dalam meningkatkan inspirasi dan memberikan pendedahan ilmu baharu dalam pengukuhan inovasi bertaraf dunia
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article