- Advertisement -
4,870
published news
and counting

“Kursus Wajib Pengambilan Anak Angkat,” Pemenang MyCreative Idea 2024 

Must read

Penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bukan hanya yang berbentuk fizikal ataupun sistem yang komprehensif, malah idea kecil sekiranya ditangani dengan sebaiknya mampu memberikan impak besar dan bermakna kepada sesebuah organisasi.

Demikian halnya kepada idea untuk memperkenalkan “Kursus Wajib Pengambilan Anak Angkat” daripada penjawat awam, Encik  Muhammad Isa Bin Limon dari Pejabat Daerah Lundu yang diumumkan sebagai pemenang MyCreative Idea pada Disember yang lepas.

Encik Muhammad Isa yang berasal dari Lundu mula berkhidmat pada tahun 2016 di Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) dan telah berpindah ke Pejabat Daerah Lundu pada tahun 2020. Antara peranannya di agensi tersebut adalah berkaitan dengan fungsi statutori yang melibatkan proses pengambilan anak angkat.

Menurut Encik Muhammad Isa, idea  Kursus  Wajib  Pengambilan  Anak  Angkat  tercetus   semasa   proses  pembelajaran fungsi statutori tersebut, beliau telah mendapati tiada kursus wajib untuk pihak yang terlibat. Kursus yang standard atau seragam dapat memastikan agar semua pihak memahami akan hak dan tanggungjawab masing-masing.

Proses pengambilan anak angkat bukanlah sesuatu yang mudah, kerana semua pihak perlu faham segala prosedur dan mengambil masa. Sekiranya terdapat kursus wajib dilaksanakan sudah pasti, proses ini dapat dipermudahkan dan difahami semua pihak

Jelasnya, untuk proses pengambilan anak angkat yang sedia ada, satu sesi temu duga bersama ibu bapa angkat dan ibu bapa kandung akan diadakan untuk mengelakkan unsur paksaan atau jual beli. Pihak yang terlibat juga akan dimaklumkan tentang hak dan tanggungjawab mereka semasa sesi temu duga tersebut.

Menurut beliau antara impak jangka masa pendek jika idea ini dapat direalisasikan ialah satu silibus standard dan seragam yang dibangunkan dapat digunakan oleh pejabat daerah di seluruh Sarawak.

Impak terbesar jangka   panjang   daripada  kursus  wajib  tersebut  akan  memastikan pihak yang terlibat dapat memahami tanggungjawab dan tugas masing-masing di samping, memastikan kebajikan anak angkat terjaga.

Sekurang-kurangnya, lebih kurang 8 sehingga 10 permohonan dalam setahun untuk pengambilan anak angkat yang terdiri daripada pelbagai bangsa di Daerah Lundu.

Manakala dari segi tempoh permohonan pula bergantung kepada keadaan tetapi dianggarkan akan mengambil masa satu bulan bermula dari sesi akuan sumpah, temu duga dengan ibu bapa kandung dan seterusnya bersama ibu bapa angkat.

- Advertisement -

Proses terakhir yang perlu dilalui ialah satu sesi temu duga  bersama  semua  pihak  yang  terlibat   untuk  menerangkan  tanggungjawab  dan hak anak angkat.

Tempoh pemprosesan permohonan akan dikira selama 7 hari bekerja, bermula dari dokumen lengkap dikemukakan ke pejabat daerah.

Antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan adalah untuk membuat promosi yang lebih meluas kepada seluruh Perkhidmatan Awam Sarawak mengenai MyCreative untuk men ingkatkan sumbangan idea kreatif dan inovatif.

Walaupun idea ini nampak kecil dan datangnya pada peringkat individu tetapi jika diambil perhatian sudah pastinya dapat memberikan impak besar kepada sesebuah organisasi

MyCreative  idea  (MCi)  telah  dibangunkan  sebagai  sebuah  platform  perkongsian  idea. Dahulunya dikenali sebagaiIdea Inovatif Perkhidmatan Awam Sarawak, SCS-ii (khusus untuk penjawat awam sahaja) dan iDEAkamek (khusus untuk orang awam) yang kini telah disatukan membentuk MCi dan boleh diakses oleh kedua-dua pihak melalui aplikasi mudahalih atau dengan menggunakan portal MCi melalui pautan   di https://scsiq.sarawak,gov.my/.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article