- Advertisement -
4,895
published news
and counting

Laman Sesawang Untuk Komunikasi Yang Lebih Berkesan

Must read

Penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) memberi impak besar dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.

Laman sesawang atau laman sesawang yang bertindak sebagai salah satu saluran utama komunikasi dan sumber informasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Oleh itu, pembangunan laman sesawang yang berkualiti adalah penting untuk memastikan kemudahan penggunaannya.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa laman sesawang agensi kerajaan sering menerima kritikan mengenai keberkesanannya dalam menyampaikan maklumat sehingga telah menimbulkan persoalan tentang kualiti laman sesawang tersebut.

Dalam era digital yang berkembang pesat pada hari ini, sewajarnya laman sesawang bukan sahaja menjadi saluran maklumat, tetapi juga mencerminkan kredibiliti dan profesionalisme sesebuah entiti.

Oleh itu, perkara yang paling penting perlu dilakukan oleh agensi kerajaan adalah mengemas kini laman sesawang mereka untuk memastikan maklumat yang dikongsikan kekal tepat, relevan, dan selamat.

Tanpa kemas kini berkala, laman sesawang menjadi sasaran ancaman keselamatan siber, malah kelemahan dalam sistem atau ‘plugin’ yang tidak dikemas kini membuka peluang untuk serangan.

Laman sesawang yang ketinggalan zaman juga lebih mudah dijangkiti virus atau ‘malware’ yang boleh merosakkan reputasi dan membahayakan data pelanggan.

Beberapa elemen utama yang perlu dikemaskini dalam laman sesawang termasuklah maklumat perhubungan, polisi privasi dan terma penggunaan, kandungan berita dan pengumuman, Pengoptimuman Enjin Carian atau Search Engine Optimization (SEO) serta kemaskini perisian dan plugin.

Kandungan berita pada laman sesawang perlu dikemas kini untuk menjadikan ia kelihatan aktif dan menarik minat pengunjung

Maklumat perhubungan seperti alamat dan nombor telefon perlu sentiasa tepat dan terkini bagi memudahkan pengguna menghubungi agensi kerana jika tidak, ini boleh menyebabkan kekeliruan dan menurunkan kepercayaan pengguna.

Polisi privasi dan terma penggunaan harus dikemas kini secara berkala untuk memastikan ia selaras dengan peraturan perlindungan data yang sentiasa berubah.

Maklumat perhubungan perlu sentiasa tepat dan terkini bagi memudahkan pengguna menghubungi agensi

Begitu juga dengan kandungan berita dan pengumuman yang memberikan maklumat terkini tentang aktiviti agensi.

Laman sesawang yang tidak mengemas kini kandungan ini akan kelihatan kurang aktif dan mengurangkan minat pengunjung.

Selain itu, SEO adalah faktor penting untuk memastikan laman sesawang mudah dijumpai melalui enjin carian namun, kandungan yang tidak dikemaskini dengan kata kunci yang relevan boleh mengurangkan peluang laman sesawang muncul dalam carian Google.

Penyelenggaraan SEO yang betul memastikan laman sesawang mudah dicapai oleh pengguna yang mencari maklumat berkaitan.

Penyelenggaraan perisian dan plugin adalah penting untuk mengelakkan kelemahan keselamatan dan oleh keran itu, sistem pengurusan kandungan (CMS), plugin, dan tema perlu dikemas kini untuk mengelakkan serangan daripada peretas dan malware.

Selain memastikan laman sesawang dikemas kini, perlindungan maklumat sensitif juga perlu diberi perhatian serius.

Paparan berita yang dipaparkan di laman sesawang Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU)

Data peribadi pengguna, maklumat pembayaran, kata laluan, dan maklumat korporat sensitif perlu dilindungi dengan teliti malah, pengguna berhak untuk merasa yakin bahawa maklumat mereka tidak akan didedahkan tanpa izin.

Perlindungan data peribadi bukan sahaja penting secara etika, tetapi juga untuk mematuhi undang-undang perlindungan data yang ketat.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) memainkan peranan penting dalam memastikan laman sesawang sentiasa dikemas kini dan berfungsi dengan baik.

Dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), CIO bertanggungjawab dalam pembangunan Perancangan Strategik ICT agensi Kerajaan Negeri bagi jabatan. 

CIO yang dilantik oleh agensi masing-masing merupakan komponen bernilai di dalam usaha kerajaan untuk menubuhkan perancangan strategik ICT di dalam SPANS.

Peranan CIO adalah sangat penting dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah agensi.

Antara tanggungjawab utama CIO adalah untuk membangunkan perancangan strategik ICT, yang merangkumi analisis dan kajian mendalam terhadap keperluan ICT agensi tersebut.

CIO juga bertanggungjawab untuk menyelia, mengkoordinasi, dan mengawal selia semua program ICT yang dilaksanakan, termasuk projek ICT, perkakasan dan perisian, serta penyelenggaraan dan perkhidmatan ICT yang lain.

Dalam hal ini, CIO perlu menguruskan bajet ICT dengan cermat dan memastikan penggunaan sumber yang optimum.

Mereka juga memainkan peranan dalam memperkukuhkan dasar, standard, dan amalan terbaik ICT, dengan memastikan bahawa dasar-dasar tersebut dipatuhi dengan teliti oleh semua pihak dalam agensi.

Selain itu, CIO juga bertanggungjawab untuk menggalakkan penggunaan ICT di dalam agensi, yang melibatkan pendekatan seperti latihan, pengenalan teknologi baru, serta pelaksanaan pendekatan baru untuk meningkatkan penggunaan ICT secara keseluruhan.

CIO turut menjadi ahli dalam Kumpulan Kerja Agensi Pemegang Amanah Data (DTAWG), di mana mereka perlu melaporkan dan mendapatkan kelulusan daripada Ketua Jabatan (HOD) mengenai semua perkara berkaitan data.

Sebagai pengurus maklumat utama dalam agensi, CIO turut menyelia tadbir urus pengurusan data dan maklumat, serta bertanggungjawab memastikan pengkatalogan data yang komprehensif.

Mereka juga mungkin terlibat dalam mewakili agensi dalam Majlis Data Kerajaan (DGC) berkaitan perkara-perkara seperti seni bina data, tadbir urus, pengurusan, pemeliharaan, perkongsian, penggunaan, dan penyebaran data.

Selain daripada tugas-tugas yang telah disebutkan, CIO juga perlu melaksanakan sebarang tugas lain yang berkaitan dengan ICT yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

Dengan pelbagai tanggungjawab ini, CIO memainkan peranan yang sangat kritikal dalam memastikan pengurusan ICT yang berkesan dan selaras dengan matlamat strategik agensi

CIO perlu memastikan bahawa sistem sandaran (backup) laman sesawang dijalankan secara berkala sebagai langkah penting untuk memastikan data dapat dipulihkan dengan cepat sekiranya berlaku serangan atau kerosakan yang disebabkan oleh ancaman keselamatan.

Akhir sekali, ingin ditegaskan sekali lagi bahawa, kemas kini laman sesawang adalah satu aspek yang tidak boleh diabaikan.

Kemas kini yang konsisten bukan sahaja memastikan laman sesawang kekal relevan, tetapi juga memberi jaminan bahawa ia sentiasa berfungsi dengan baik, selamat, dan mudah diakses oleh semua.

- Advertisement -

Selain itu, memastikan perlindungan terhadap data sensitif dan peranan penting yang dimainkan oleh CIO dalam memimpin pengurusan keselamatan adalah kunci kepada kejayaan laman sesawang yang selamat dan terjamin.

Rujukan:

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article