- Advertisement -
4,898
published news
and counting

SADA Percepatkan Tempo Pembangunan dari Lingga ke Lubok Antu

Must read

Setelah kewujudan SADA (Agensi Pembangunan Sri Aman), lima (5) tahun yang lepas (diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 Oktober 2020), kini sudah mula dapat disaksikan impak pembangunan dalam Kawasan pentadbiran SADA merangkumi dari Lingga sehinggalah ke Lubok Antu.

Melalui sesi temu bual RAKAN Sarawak bersama Pengerusi SADA, YBhg  Dato Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim baru-baru ini menjelaskan SADA giat melaksanakan projek-projek pembangunan , sepanjang tempoh tersebut ada projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan dengan matlamat untuk mempercepatkan tempo Pembangunan dan merapatkan jurang Pembangunan dalam Kawasan SADA.

Pecahan Peruntukan Pembangunan
Pecahan Projek Diluluskan Di Bawah SADA

Antara projek yang telah pun siap seperti cadangan ubahsuai dan kerja-kerja menaiktaraf untuk Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) dengan kos RM3.5 juta yang telah siap dan beroperasi pada tahun 2024 yang terletak di Sri Aman.

Projek ubahsuai dan kerja-kerja menaiktaraf untuk Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Sri Aman

Projek tersebut yang merupakan sebahagian perancangan terdahulu untuk menyediakan institusi bagi pembangunan modal insan di Kawasan SADA  pastinya memberikan impak tinggi dengan  melahirkan 100 graduan berkemahiran dengan kelayakan yang diperakui daripada lepasan sekolah dan 200 graduan berkemahiran kursus pendek setahun.

Graduan ini akan menyertai tenaga kerja sebagai pekerja mahir atau usahawan dengan mendapat pendapatan yang lebih tinggi daripada mereka yang menyertai tenaga kerja selepas meninggalkan sekolah tanpa latihan vokasional selepas sekolah.

Peserta kursus pendek sebagai sebahagian daripada latihan dalam perkhidmatan mereka seharusnya dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran baharu atau lebih maju yang akan meletakkan mereka pada kedudukan yang lebih baik untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi daripada pekerjaan sebelumnya.

Kehadiran sekumpulan tenaga kerja tempatan yang mahir akan memacu pertumbuhan ekonomi Bahagian Sri Aman dan akan meningkatkan keseluruhan kedudukan sosioekonomi dan kesejahteraan rakyat secara amnya. Senario sedemikian juga akan mengurangkan aliran migrasi luar bandar ke bandar.

Projek infrastruktur seperti mitigasi banjir di kawasan Kejamut dengan kos RM2 juta telah siap sepenuhnya pada 2024 di bawah agensi pelaksana Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberikan impak yang tinggi untuk mengatasi dan mengurangkan masalah banjr dan takungan air di Kawasan Kejamut.

Projek tersebut mempunyai empat (4) pakej iaitu Pakej A Kerja-Kerja Mitigasi Banjir di Kawasan Lipat, Kejamut, Pakej B, skop kerja yang sama merangkumi Kawasan Kejamut Ili A manakala Pakej C (merangkumi kawasan Kejamut Ili B, Sri Aman dan Pakej D (merangkumi Kawasan Kejamut Ulu, Sri Aman.

Pakej A Kerja-Kerja Mitigasi Banjir di Kawasan Lipat, Kejamut
Pakej B Kerja-Kerja Mitigasi Banjir di Kawasan Kejamut Ili A
Pakej C Kerja-Kerja Mitigasi Banjir di Kejamut Ili B
Pakej D Kerja-Kerja Mitigasi Banjir di Kejamut Ili B Kejamut Ulu, Sri Aman

Sudah pasti projek ini memberikan kelegaan kepada penduduk di Kejamut dan memastikan Kawasan kediaman di sekitar adalah bebas daripada bencana banjir seterusnya kerosakan infrastruktur dan harta benda penduduk.

Projek pelancongan pembinaan Pondok Pemerhati Orang Utan yang terletak di Kompleks Pelancongan Eko, Batang Ai telah pun siap Januari 2024 dengan kos RM500,000 pada akan memberikan keselesaan dan kemudahan, bukan sahaja kepada petugas SFC, malah pelawat yang ingin memerhati  orang utan dengan jarak yang jauh.

Pembinaan Pondok Pemerhati Orang Utan yang terletak di Kompleks Pelancongan Eko, Batang Ai

Kawasan Taman Negara Batang Ai dan Ulu Sungai Menyang mempunyai banyak variasi hidupan liar Orang Utan dan lain-lain haiwan.

Selain Pondok Pemerhati, satu lagi projek Sarawak Forestry Corporation (SFC) ialah Projek pembangunan stesen/ pos renjer di Ulu Batang Ai telah pun siap pada Disember  2024 dengan kos RM600,000.

Projek pembangunan stesen/ pos renjer di Ulu Batang Ai

Pembangunan stesen / pos renjer penting sebab lebih banyak stesen ini di bina di Taman Negara bermaksud lebih banyak kawalan/ pengawasan boleh dilakukan di Kawasan tersebut.

Kawasan Taman Negara Batang Ai dan Ulu Sungai Menyang hanya beberapa Kawasan yang masih tinggal spesies haiwan ini dan haiwan ini sewajarnya dilindungi sebelum ia pupus.

Kawasan SADA juga menyahut cabaran untuk mentransformasikan Kawasan di bawah penyeliaannya kepada bandar pintar dengan membangunkan lampu isyarat pintar di lima (5) persimpangan jalan dari Temudok menuju ke Bandar Simanggang, selain matlamat asal memastikan keselamatan pengguna jalan raya di Sri Aman.

Pemasangan Lampu Isyarat di beberapa persimpangan Utama sepanjang jalan akses Sri Aman

Jalan masuk Sri Aman ini penting sebab ia menghubungkan Bandar Simanggang dengan Jalan Pan Borneo. Malah kesesakan dijangka bertambah sebaik siapnya Jalan Pesisir dan Jalan Utama Kedua (Sebuyau-Lingga) di daerah Lingga yang turut menghubung (Sri Aman-Betong) melalui pembinaan beberapa jalan pintas. 

Projek yang telah siap pada November 2024 dengan kos RM5 juta ini melibatkan pembinaan 5 lampu isyarat iaitu di Jalan Hollis, Jalan Michael Pilo, Jalan Muhibbah, Lepapa dan Jalan Bayu dan difahamkan selain mengawal lalulintas, ia juga berkeupayaan mengesan pergerakan kenderaan dan pemandu.

Ketika ditanya mengenai pelaksanaan projek pada tahun 2025, Pengerusi SADA, YBhg  Dato Sri Hajah Rohani Binti Abdul Karim berkata pada tahun ini satu  Kajian “Greater Together akan diadakan melibatkan Pemetaan Ekosistem Pengeluaran Padi di Kawasan Jelapang Batang Lupar, Sri Aman.”

Menurut beliau, kajian tersebut melibatkan tinjauan terperinci dan terkini tentang status sosio-ekonomi masyarakat di Blok C, Stumbin-Tanjung Bijat.

Ia turut mencadangkan dasar untuk peruntukan sumber, pengantaraan hubungan dan peluang kerjasama di kalangan peserta, cadangan mengenai strategi komunikasi yang sesuai dan berkesan di Blok C, Stumbin-Tanjung Bijat dan yang boleh diguna pakai untuk kawasan penanaman padi yang lain.

Projek infrastruktur juga turut termasuk dalam pelaksanaan tahun 2025, dengan projek Membina Jambatan Menyeberangi Sungai Undop di Kampung Beleti, (Rh Kedeney) Sabu.

Projek tersebut dijangka memberikan memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 200 orang di Rh Kedeney, Kampung Beleti untuk masuk ke Sabu, SK Lawrence dan ke pekan Sri Aman dengan matlamat utama untuk menyediakan kemudahan infrastruktur yang lebih baik, selamat dan selesa kepada penduduk setempat, pelajar dan pengguna lain.

Projek infrastruktur lain seperti membina Jeti Perahu Panjang di Rantau Kemayau Manis, Lubok Antu, dijangka memberikan kemudahan kepada penduduk  di  Rantau  Kemayau  Manis, Lubok  Antu  dalam  menjalankan  kerja- kerja harian di Kawasan rumah Panjang dan menggalakkan aktiviti pelancongan di mana kawasan tersebut juga berpotensi sebagai salah satu tempat yang menarik untuk pelancong tempatan dan luar.

Projek pertanian seperti Plot Pertanian (petak-petak sayur-sayuran) Masyarakat Menuang Ulu, dijangka dapat memberi manfaat ekonomi kepada masyarakat dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Dengan jalan masuk yang baik ke pekan dan bandar berhampiran, dan model kerja sedia ada untuk pengumpulan dan penjualan hasil sayur-sayuran, cadangan daripada masyarakat Kampung Menuang Ulu ini boleh menjadi contoh kepada penduduk kampung lain di kawasan itu.

Selain itu, projek Cadangan Pertapakan Perkuburan Islam Bersepadu, Bukit Penyauk (Entulang Land) Sri Aman yang akan memberikan  kemudahan  serta  keselesaan kepada penduduk (warga Islam di kawasan tersebut dan kawasan Sri Aman secara amnya yang terlibat bagi proses pengebumian dan mewujudkan tanah perkuburan baru bagi menampung kegunaan proses pengebumian di masa akan datang.

Fakta- fakta penting mengenai SADA

• Diumumkan oleh YAB Premier Sarawak pada 19 Januari 2020 semasa Majlis Makan Malam Bersama Rakyat;

• Peruntukan Pembangunan: RM1.5 Bilion

• Penubuhan Jawatankuasa Pemandu SADA dan empat (4) Jawatankuasa Kerja Di Bawah SADA;

• Bengkel SADA pada Julai 2020 (Aspirasi Rakyat, SADA Development Plan);

- Advertisement -

• Sri Aman Master Plan Study (Mulai Julai 2021 (SADA Master Plan 2020-2030);

• Penubuhan SADA diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 15 Oktober 2020

• Majlis Perasmian SADA pada 21 Oktober 2021

• 2021/2022 – Mengenalpasti dan kelulusan projek dan aktiviti pra-pelaksanaan projek (Proses perancangan) oleh agensi pelaksana dan Pihak Berkuasa Perancangan Sarawak

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article