- Advertisement -
4,906
published news
and counting

INSODERS Tingkatkan Pengurusan Data Pembangunan Sosial

Must read

INSODERS, iaitu singkatan bagi Integrated Social Development Reporting System dibangunkan sebagai pelantar pelaporan data pembangunan sosial yang berdasarkan pada 10 tunjang di bawah Kerangka Transformasi Sosial Sarawak (KTSS) yang meliputi 15 Domain Pembangunan Sosial.

15 Domain Pembangunan Sosial:

  1. Populasi dan Keluarga
  2. Penyertaan Ekonomi
  3. Budaya dan Hiburan
  4. Sumber Manusia
  5. Perumahan
  6. Perpaduan Nasional
  7. Kesihatan
  8. Alam Sekitar
  9. Komunikasi dan Digital
  10. Pendidikan
  11. Pengangkutan
  12. Penglibatan Sosial
  13. Keselamatan Awam
  14. Kebajikan Sosial
  15. Amalan dan Tadbir Urus Baik

Di Bahagian Mukah, 15 domain pembangunan sosial dipengerusikan oleh 24 agensi kerajaan yang terdiri daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Secara amnya, kesemua 12 Residen Bahagian di Sarawak dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan dan Pemantauan Sosial Bahagian (JPPSB) oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK).

Idea penghasilan projek INSODERS amat berkait rapat dengan fungsi dan peranan Pejabat Residen yang merangkumi empat (4) seksyen, iaitu Seksyen Transformasi Sosial, Seksyen Pembangunan dan Perancangan Strategik, Seksyen Khidmat Pengurusan dan Unit Integriti.

Daripada empat (4) seksyen tersebut, Seksyen Transformasi Sosial (STSB) dilantik sebagai urus setia JPPSB yang menyelaras dan memantau perkembangan sosial di peringkat bahagian.

INSODERS dibangunkan sebagai pelantar pelaporan data pembangunan sosial yang telah pun diguna pakai dengan meluas di seluruh Sarawak

Sebelum pelaksanaan INSODERS, STSB Pejabat Residen Bahagian Mukah telah berhadapan dengan cabaran kritikal dalam mengumpul data sosial untuk dikemukakan kepada Majlis Pembangunan Sosial Sarawak (MPS), iaitu urus setia di peringkat negeri di bawah KPWK yang menyelaras pembangunan sosial di seluruh negeri.

Data yang diterima dihantar melalui pelbagai kaedah, sama ada melalui surat-menyurat, borang ataupun e-mel. Pengumpulan data dilaksanakan setiap suku tahun, iaitu empat (4) kali setahun.

Ketidakseragaman format pelaporan data, tempoh pengumpulan data yang memakan masa, proses kerja yang bertambah dan kekurangan pakar dalam menganalisis data telah dikenal pasti sebagai punca utama kepada pengurusan data pembangunan sosial yang tidak cekap.

  • Format Pelaporan Data Tidak Seragam. Data yang diperoleh daripada 24 agensi terlibat dikemukakan dalam pelbagai format laporan dan menyukarkan pihak urus setia bahagian mengurus data.
  • Penggunaan Kertas Yang Banyak. Pihak urus setia bahagian terpaksa menyediakan borang untuk memudahkan pelaporan data sehingga menyebabkan penggunaan kertas yang banyak dengan purata 1.36 juta setahun.
  • Proses Kerja Yang Memakan Masa. Kitaran pengumpulan data mengambil masa 29 hari waktu bekerja.
  • Proses Kerja Yang Bertambah. Pengumpulan data secara manual sebelum ini memerlukan 14 proses kerja.
  • Kekurangan Pakar. 67% kakitangan yang terlibat kurang mahir dalam mengurus dan menganalisis data.

Ketidakcekapan pengurusan data membawa kepada ketidakseimbangan intervensi sosial berdasarkan kategori.

Kumpulan IPOK percaya bahawa kunci kejayaan kepada langkah intervensi pembangunan sosial bergantung pada kualiti pengumpulan data.

Oleh yang demikian, INSODERS dihasilkan dengan objektif untuk memastikan statistik pembangunan sosial di Sarawak diurus dengan efisien bagi memudahkan kerajaan merangka dasar dan menjalankan intervensi sosial yang lebih tepat dan berkesan.

INSODERS adalah penyelesaian kreatif yang memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai satu sistem untuk pelaporan dan perkongsian data kolaboratif yang berasaskan web.

Ciri khas INSODERS:

  • Perkongsian dan pelaporan Rangka Kerja Pembangunan Sosial secara kolaboratif.
  • Statistik yang sahih, memiliki papan pemuka analisis dan graf yang dinamik.
  • Pengurusan data dan alat ukur prestasi yang komprehensif.

Pencapaian signifikan pelaksanaan INSODERS:

  • Mencapai sasaran 100% penyeragaman laporan data sosial melalui tabulasi data yang seragam.
  • Mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 92% atau hanya 9,928 helai kertas.
  • Kitaran pengumpulan data dapat dikurangkan sebanyak 86%, iaitu hanya mengambil masa selama empat (4) hari bekerja.
  • Mengurangkan sembilan (9) proses kerja atau sebanyak 64% dan menjadikan hanya lima (5) proses kerja yang perlu dilaksanakan justeru menjimatkan masa dan kos.
  • Penjanaan carta selepas data dimasukkan diikuti dengan pelaporan lengkap dapat dilaksanakan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
  • Penggunaan kaedah kod berwarna untuk pelaksanaan program menggambarkan 100% program intervensi berdasarkan fakta dan data yang sahih.

INSODERS berjaya meningkatkan kecekapan pengurusan data yang lebih mudah dikumpul dan disalur dengan pantas, mudah dicapai serta dianalisis dengan tepat secara bersepadu menerusi kolaborasi di antara pelbagai agensi.

Kredibiliti data yang tinggi dapat dijadikan panduan bagi membuat keputusan dan membantu kerajaan merangka dasar pembangunan sosial, seterusnya memudahkan kerajaan memahami kemahuan dan keperluan rakyat.

Sebagai satu bentuk inovasi sosial, INSODERS mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat apabila keputusan dan perkhidmatan kerajaan berorientasikan rakyat dirangka berdasarkan pada situasi dan fakta pembangunan sosial yang sebenar.

Sejak diguna pakai secara meluas di Sarawak, INSODERS berpotensi menjadi instrumen pengukuran Indeks Kesejahteraan Sosial di negeri ini yang juga diyakini oleh kumpulan IPOK dapat diguna pakai secara meluas di seluruh negara.

Ahli-ahli Kumpulan IPOK:

1. Mohd Hafizul Rahman bin Nordin (Ketua Kumpulan)

2. Siti Hazerah binti Bolhi

3. Morris anak Denis

4. Josy binti Demei

- Advertisement -

5. Penny binti Narawi

6. Khamis bin Kepli

7. Juriani binti Bisu

Sumber: Hasil perkongsian RAKAN Sarawak bersama Kumpulan IPOK

Ahli-ahli Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) IPOK dari Pejabat Residen Bahagian Mukah
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article