- Advertisement -
4,922
published news
and counting

Elemen BE Jadikan AKPANS Setaraf Sistem Penilaian Antarabangsa

Must read

Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU),  Jabatan Premier Sarawak telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Panel Penilai Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam Sarawak (AKPANS) 2025 yang berlangsung selama empat (4) hari dari 18 hingga 21 Mac 2025.

Program tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan keupayaan panel penilai agar lebih cekap, profesional dan selari dengan keperluan semasa dalam menilai agensi Kerajaan.

Menariknya, elemen Malaysian Business Excellence Framework (MBEF) akan diterapkan dalam pendekatan penilaian baharu yang lebih komprehensif bagi menjamin proses penilaian yang menyeluruh dan berkualiti.

Penekanan turut diberikan kepada aspek audit kualiti perkhidmatan, pematuhan terhadap prinsip tadbir urus yang baik, pembangunan komuniti dan kelestarian agensi pada masa depan.

Pengarah STIU, Superi Awang Said, berkata pelaksanaan elemen BE menjadikan AKPANS setaraf sistem penilaian antarabangsa yang diguna pakai di 84 buah negara seluruh dunia.

- Advertisement -

Jelas beliau, pemerkasaan panel penilai menjamin ketelusan pemilihan penerima anugerah dan mendorong penambahbaikan berterusan dalam perkhidmatan awam.

Rata-rata panel penilai menyifatkan penilaian baharu ini lebih mencabar, sekali gus meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan agensi.

STIU merakamkan penghargaan kepada 48 orang panel penilai atas dedikasi dan profesionalisme mereka. Program ini mencerminkan komitmen berterusan    Perkhidmatan Awam Sarawak dalam memperkukuh tadbir urus dan menyampaikan perkhidmatan terbaik.

AKPANS yang diadakan secara dwi tahunan akan bermula pada 8 April 2025 dengan taklimat kepada agensi terlibat, disusuli penilaian kendiri, penyerahan laporan,  audit desktop, pembentangan dan lawatan tapak. Hasil daripada penilaian ini, kemuncaknya pemenang akan diumumkan sempena Hari Perkhidmatan Awam 2025.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article