- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Budaya Positif di Tempat Kerja

Must read

Budaya mencerminkan watak dan keperibadian sesebuah organisasi yang menjadikan sesuatu perkhidmatan dan perniagaan unik serta merupakan suatu nilai, tradisi dan kepercayaan yang harus dipegang oleh para pekerja.

Budaya di tempat kerja yang positif mampu menarik bakat, mendorong penglibatan pekerja, mempengaruhi kebahagiaan, kepuasan dan prestasi.

Kesilapan besar yang kerap kali berlaku dalam organisasi adalah membiarkan budaya tempat kerja terbentuk secara semula jadi tanpa mempunyai hala tuju ataupun tidak menggariskan panduan serta tidak menentukan apa yang diperlukan.

Pembudayaan positif adalah sangat penting dan perlu diurus pentingnya strategi perniagaan supaya sesebuah organisasi dapat mencapai matlamat sebenar.

Bakal pekerja menilai organisasi dan iklimnya. Budaya yang kuat, positif, jelas dan berkomunikasi dengan baik menarik minat bakat yang sesuai.

Budaya mempengaruhi bagaimana pekerja berinteraksi dengan skop pekerjaan dan organisasi.

Ia memberi kesan kepada kebahagiaan dan kepuasan terhadap pekerjaan. Kajian menunjukkan bahawa kebahagiaan dan kepuasan pekerja dikaitkan dengan budaya tenpat kerja yang kuat (Deloitte).

Dari sudut prestasi, budaya yang lebih kuat mampu mengatasi pesaing dari segi kewangan dan secara umumnya, lebih cemerlang.

Oleh itu, budaya negatif di tempat kerja mesti diubah dan diurus dengan baik. Pengurusan perubahan budaya yang baik dan berkesan akan membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article