- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pengurusan Risiko Kunci Perancangan dan Pengurusan

Must read

Pengurusan risiko merupakan kunci kepada perancangan dan pengurusan jsuteru, ia perlu dibuat secara proaktif bagi memastikan risiko dapat dihindarkan.

Pengurusan risiko ialah proses menggunakan analisis risiko untuk membuat keputusan bagi mencapai objektif sesuatu projek dan ia memberi faedah yang begitu besar sama ada kepada seseorang individu atau sesebuah organisasi dalam mengawal pembaziran dan mengurangkan kos.

Seperti yang kita sedia maklum, risiko ialah kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa atau kejadian yang tidak diingini sehingga menyebabkan kerugian dan kesusahan kepada seseorang individu atau sesebuah organisasi.

Contoh risiko bagi individu adalah kemalangan yang melibatkan kematian mehupun sekadar hilang upaya kekal manakala risiko bagi organisasi dan syarikat pula adalah kerugiaan akibat ditimpa musibah seperti bencana alam, kebakaran, kecuriaan mahupun liabiliti kepada pihak awam.

Oleh sebab itu, pengurusan risiko tidak boleh diabaikan kerana ia melibatkan perkara pokok iaitu kos serta faedah dan perlunya pengurusan risiko adalah kerana risiko itu mempunyai harga yang tinggi, membawa impak negatif kepada kesihatan dan menyebabkan kos meningkat.

Pengurusan risiko ini telah menjadi satu kesedaran dalam bidang pengurusan tetapi ianya tidak diberi kefahaman yang meluas mengenai persoalan tentang bila, bagaimana dan di mana berlakunya risiko serta siapa yang perlu dipertanggungjawabkan.

Pengurusan risiko adalah penting kerana ia mampu menjadikan para pelabur, pembekal, ejen dan pembeli lebih yakin dengan sesebuah syarikat atau organisasi tersebut.

Pengurusan risiko bantu mengawal pembaziran dan mengurangkan kos

Sebelum merancang polisi dan strategi, sesebuah organisasi perlu mengenalpasti kemampuan, tahap kesanggupan dan kadar untuk menerima risiko seperti mengurangkan kebarangkalian, mengurangkan kepentingan, memindah risiko, mengelak risiko dan penerimaan risiko.

Polisi dan strategi yang dicadangkan bagi pengurusan risiko bertujuan untuk menggalakkan komitmen dari semua peringkat, pendekatan yang berterusan, mengadakan ketelusan dalam pengurusan, pendekatan bersepadu, dan mengamalkan metodologi pengurusan risiko.

Sungguhpun begitu polisi dan strategi mestilah disesuaikan dengan persekitaran, kemampuan dan kekangan yang wujud.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article