- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Jalan Sebuyau ke Lingga Akan Mula Dibina Pada Suku Pertama 2021

Must read

Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan YB Datuk Julaihi bin Haji Narawi memaklumkan bahawa pembinaan jalan dari Sebuyau ke Lingga sepanjang 33 kilomter telah diluluskan untuk dilaksanakan di bawah program perhubungan jalan utama kedua (second trunk road).

Jalan Sebuyau ke Lingga yang sudah siap reka bentuknya dan akan mula dilaksanakan pada suku pertama 2021 merupakan salah satu jalan penghubung luar bandar yang diluluskan dan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Projek tersebut melibatkan pembinaan jalan sehala dua (2) lorong jenis R5 JKR Standard, sebuah jambatan menyeberangi Sungai Lingga sejauh 650 kilometer dan sebuah jambatan kecil untuk menyeberangi Sungai Linggi bagi membolehkan jalan raya tersebut dihubungkan dengan Pekan Lingga.

Beliau memaklumkan perkembangan tersebut ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga YB Puan Hajah Simoi binti Haji Peri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, 10 November lepas.

Berkenaan perkara tersebut, beliau tidak menafikan bahawa jalan Sebuyau ke Lingga ini amat dinanti-nantikan oleh penduduk di kawasan Lingga kerana jalan tersebut akan dapat memendekkan masa perjalanan dan jarak fizikal sekiranya penduduk dari kawasan Lingga hendak pergi ke Kota Samarahan dan seterusnya ke Bandaraya Kuching.

Selain itu, ia juga dijangka dapat merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi penduduk setempat dan menjadi salah satu daripada pra-syarat penting untuk membolehkan kawasan luar bandar khususnya di sekitar Lingga dan kawasan-kawasan yang berdekatan dilimpahi pelbagai pembangunan seperti yang dinikmati oleh kawasan-kawasan lain.

Dengan adanya pembinaan jalan raya ini, ia akan dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan Pekan Lingga dan Sebuyau, malah beliau yakin bahawa salah satu daripada pekan di kawasan pesisir akan mendapat manfaat daripada pembinaan jalan raya ini.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article