- Advertisement -spot_img
4,835
published news
and counting

11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Must read

1.    Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

  • Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa.
  • Melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan semakan semula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2017.
  • Merombak peperiksaan dan penaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016.
  • Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100 peratus menjelang 2020.
  • Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun disokong program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan.
  • Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperuan khusus.

2.    Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

  • Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah dengan sokongan pemulihan insentif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan.
  • Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
  • Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris.
  • Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025.

3.    Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai

  • Memperkukuh Pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai syarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017.
  • Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih focus kepada teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.
  • Memperkembang murid secara holistic dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform.
  • Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara sekolah, kumpulan etnik dan sosioekonomi.

4.    Transformasi keguruan sebagai profesien pilihan

  • Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30 peratus teratas.
  • Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013 dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah.
  • Memastikan guru memberi focus kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran.
  • Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016.
    • Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025.

5.    Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan setiap sekolah

  • Memperkenalkan criteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013.
  • Melaksanakan pakej kerjaya baru bagi pengetua/guru besar mulai 2013 dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid.

6.    Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan

  • Mempercepat penambahbaikan prestos sekolah  melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014.
  • Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar.
  • Memastikan 100 peratus sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak.

7.    Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

  • Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestarNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013.
  • Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013.
  • Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus.

8.    Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian Kementerian Pelajaran

  • Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013.
  • Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014.
  • Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013.
  • Memperkukuh fungsi utama dan rasionalisasi struktur kementerian mulai 2016.

9.    Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas

  • Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui pembabitan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS).
  • Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016.
  • 1,000 biasiswa daripada sector swasta untuk murid berbakat dari komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa.
  • Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan membabitkan kumpulan alumni dan NGO yang berpotensi sebagai penganjur.

10.    Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

  • Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan rasionalisasi program impak rendah setiap tahun selaras anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Bajet Berasaskan Keberhasilan (OBB).
  • Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.

11.    Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti awam secara langsung

  • Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013.
  • Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan PPPM kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

1 COMMENT

- Advertisement -spot_img

Latest article