- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Tindakan Diambil Jika Gagal Patuhi Perintah Gaji Minimum

Must read

Lima (5) buah syarikat telah dijatuhkan hukuman denda di bawah Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 kerana gagal membayar gaji minimum kepada pekerja sepanjang bulan November 2020.

Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar dalam satu kenyataan pada 29 November 2020.

Beliau menegaskan pendakwaan ini dijadikan sebagai salah satu peringatan dan pengajaran kepada majikan di sektor swasta yang ingkar terhadap Perintah Gaji Minimum dan undang-undang perburuhan di Sarawak.

Menurut beliau lagi, kelima-lima buah syarikat tersebut masing-masing telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret yang berlainan.

Dua buah syarikat telah dijatuhkan hukuman denda di Mahkamah Majistret Sibu. Salah sebuah syarikat tersebut didenda RM3,800.00 atau penjara satu (1) bulan.

Manakala sebuah lagi syarikat dijatuhkan hukuman denda RM2,000.00 atau empat (4) bulan penjara.

Prosiding yang dijalankan di Mahkamah Majistret Kuching pula menjatuhkan hukuman denda kepada sebuah syarikat dengan jumlah keseluruhan denda adalah RM9,000.00 dan menjelaskan tunggakan gaji sejumlah RM5,413.92 kepada pekerja yang telah membuat tuntutan kes buruh.

Prosiding yang berlainan di Mahkamah Majistret Bintulu, sebuah syarikat dikenakan hukuman denda RM10,000.00 kerana telah melanggar Perintah Gaji Minimum serta mengarahkan majikan untuk melangsaikan tunggakan gaji sejumlah RM6,780.90 kepada sembilan (9) orang pekerja.

Sementara, dalam prosiding di Mahkamah Majistret Kuching pada 19 November 2020, seorang majikan telah dijatuhkan hukuman denda RM5,000.00 atau lima (5) bulan penjara kerana ingkar perintah Pengarah Tenaga Kerja Sarawak di bawah Seksyen 130C (a) iaitu gagal mematuhi Perintah Borang C Mahkamah Buruh iaitu bayaran baki gaji yang dituntut oleh pengadu kes buruh.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article