- Advertisement -spot_img
4,826
published news
and counting

Gas LPG Petros Dilancarkan

Must read

Gas petroleum cecair (LPG) edaran Petroleum Sarawak Berhad dengan jenama Petros telah dilancarkan secara rasmi.

Menurut Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, harga untuk satu silinder gas Petros seberat 14kg ditetapkan pada RM26.60 selepas mendapat subsidi yang tinggi daripada kerajaan.

Majlis Pelancaran rasmi Gas LPG Petros oleh Ketua Menteri YAB Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg

Jelas Ketua Menteri, aktiviti pengedaran gas LPG Petros yang bermula daripada pembekal, pengedar dan seterusnya kepada penjual akan menghasilkan rantaian perniagaan dan bakal memberi banyak manfaat serta menjadi kebanggaan buat rakyat Sarawak.

Gas LPG Petros adalah hasil penerokaan dalam industri minyak dan gas oleh Petros Berhad sejak ditubuhkan dua tahun lalu.

Beliau menambah, Sarawak memiliki lebih daripada 60 peratus rizab gas dan merupakan pengeluar gas asli terbesar dalam negara.

Gas LPG Petros, gas kebanggaan Sarawak

Oleh sebab itulah Kerajaan Sarawak menubuhkan Petros Berhad supaya negeri ini dapat mengambil bahagian dalam industri minyak dan gas tempatan.

Sejak ditubuhkan, Petros Berhad telah pun diberi lesen untuk meneroka minyak dan gas di perairan Sarawak dan Kerajaan Sarawak berhasrat akan meneruskan usaha dalam pengeluaran minyak kerana ia adalah hasil bumi negeri ini.

Terdahulu, Pengerusi Petros Berhad YBhg Tan Sri Datuk Amar (Dr.) Hamid Bugo memaklumkan, gas LPG Petros dijangka memasuki pasaran tempatan pada Januari 2021.

Ketua Menteri melakukan demonstrasi masakan menggunakan gas LPG Petros

Sebagai permulaan, gas keperluan isi rumah berkenaan akan dijual di Bahagian Kuching dan Samarahan sebelum diperluaskan ke bahagian-bahagian lain.

Gas LPG Petros dilancarkan oleh Ketua Menteri di Kubah Ria, Kuching pada 2 Disember 2020.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article