Ketua Setiausaha Negara, YB Dato’ Sri Dr Ali Bin Hamsa akan mengadakan lawatan rasmi beliau ke Kuching pada 13 September 2012. Ini adalah lawatan rasmi pertama beliau ke Kuching sejak diumumkan sebagai Setiausaha Negara baru pada 24 Jun 2012.
Beliau dijadualkan mengadakan Perjumpaan Khas dengan Pegawai-Pegawai dan kakitangan Negeri di Wisma Bapa Malaysia pada sebelah paginya.
Kemudian diikuti dengan lawatan ke Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara, Tingkat 1 & 3, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Kuching dan Jabatan Imigresen Malaysia, Tingkat 1 & 2, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching
Beliau turut menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dengan Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Persekutuan di Auditorium, Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
You must sign in to vote