- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Balai bomba baharu untuk Selangau

Must read

IMG_2996-1_0Penantian penduduk Selangau untuk mendapat Balai Bomba dan Penyelamat akan berakhir tidak lama lagi.

Kerajaan Persekutuan meluluskan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat kategori D yang bakal dibina di Selangau, dilengkapi dengan enjin pemadam api, 10 orang pegawai bomba dan 10 orang lagi pegawai bomba bantuan.

Berita gembira tersebut disampaikan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan, YB Datu Dr Penguang Manggil semasa menjawab pertanyaan ADUN Tamin, YB Ir Christopher Gira anak Sambang semasa persidangan hari ketiga Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kedua DUN Ke-18 pada 15 Mei 2017.

YB Datu Dr Penguang memaklumkan bahawa pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat tersebut akan bermula pada penghujung bulan ini dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

Pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat itu dijangka menelan kos sebanyak RM6 juta dan kini berada dalam proses reka bentuk.

Ketika ini, jika berlaku kecemasan Daerah Selangau terpaksa bergantung kepada Balai Bomba dan Penyelamat Sibu yang terletak 120 km dari pekan Selangau serta Balai Bomba dan Penyelamat Mukah (100 km dari Selangau).

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article