- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Kepimpinan Setiap Penjawat Awam Amat Diperlukan

Must read

Seperti yang kita sedia maklum, Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) mempunyai peranan yang cukup penting kerana ia bertanggungjawab menggubal polisi, merangka program dan menyampaikan projek serta perkhidmatan bagi pihak kerajaan kepada rakyat.

Sudah pasti, persekitaran kerja yang berubah dengan pantas dan dinamik turut menuntut pendekatan yang berbeza dalam melaksanakan tugas dan ini termasuklah keupayaan untuk bertindak dengan pantas dan responsif untuk menyesuaikan diri dengan setiap perubahan tersebut.

Dalam keadaan seperti inilah kepimpinan setiap penjawat awam amat diperlukan kerana mereka perlu berani dan mempunyai komitmen tinggi untuk menempuhi cabaran dan perubahan tersebut termasuklah mengkaji semula cara bekerja.

Kepimpinan adalah suatu proses di mana seseorang mempengaruhi orang lain dan mengajak mereka untuk mencapai objektif secara kolektif dan bersepadu

Menyentuh tentang kepimpinan, ia sering dikaitkan dengan usaha untuk mencapai sesuatu melalui orang lain, menguruskan setiap perubahan, serta mempunyai visi dan matlamat yang jelas daripada strategi yang telah dibangunkan.

Kepimpinan berkesan lahir daripada pemimpin yang jelas tentang apa yang mereka inginkan, bertindak dan berkomunikasi untuk menghasilkan sesuatu yang diinginkan, dan membantu yang lain untuk bertindak serupa seperti apa yang dilatih kepada mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Justeru, PANS amat memerlukan seorang pemimpin yang berupaya melihat pelbagai aspek yang merangkumi strategi-strategi dalam menilai output dan outcome agar impak akan lebih dirasai.

Pemimpin dalam perkhidmatan awam yang berjaya mestilah bijak membuat keputusan untuk memimpin bila perlu; untuk memperkasakan rakyat bila perlu; dan menggalakkan kepimpinan mereka yang berkepentingan bila perlu demi membuahkan hasil yang terbaik.

Seseorang pemimpin bukan hanya mempunyai keupayaan memimpin sahaja, tetapi terlibat secara langsung sehingga mampu mencipta impak yang cukup besar dan menjangkaui sempadan yang cukup luas dan boleh dirasai dan dinikmati sehingga melepasi sempadan negeri, peringkat serantau dan peringkat global.

Dalam PANS, ciri-ciri kepimpinan yang berkesan adalah bersifat responsif, memiliki kompetensi yang tinggi, menangani serta menguasai situasi dengan baik, mempunyai nilai yang bersesuaian serta memiliki visi dan budaya penyelesaian kerja yang pantas.

Kepimpinan yang berkesan perlu digalas oleh semua penjawat awam di segenap peringkat bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi ke peringkat Bahagian dan Negeri serta meliputi pelbagai profesion dan bidang tugas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article