- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Bantuan Khas RM500

Must read

Untuk Penjawat Awam Kumpulan Sokongan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam  mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 kepada kumpulan sokongan.

Keputusan tersebut diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan  itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember. Ia akan memanfaatkan seramai 860,000 orang kakitangan awam dalam Kumpulan Sokongan. Implikasi kewangan kepada Kerajaan bagi bayaran ini adalah sebanyak RM430 juta.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article