- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa

Must read

Bakal Dilaksanakan Oleh KBS

Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan Program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa bagi menggerakkan pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara di seluruh dunia bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan.

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek berkata, Program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa ini akan membolehkan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara menimba pengalaman dalam melaksanakan kerja-kerja kesukarelawan semasa menuntut di luar negara.

Selain itu katanya , program itu juga akan membolehkan mereka untuk memperluaskan “networking ” atau jaringan kerjasama antara pelajar dengan masyarakat, badan-badan mahupun persatuan-persatuan tempatan.

“Saya percaya program ini juga akan membolehkan pelajar-pelajar kita di luar negara menjadi “duta” yang mampu memberikan tanggapan positif masyarakat tempatan kepada Malaysia,” katanya.

Shabery berkata, model yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan Malaysia di Indonesia di dalam membantu mangsa gempa bumi di Jawa Barat adalah contoh yang amat baik dan akan digunakan bagi melaksanakan Program Rakan Muda Sukarelawan Antarabangsa.

Pelajar-pelajar perubatan terbabit dari Jakarta dan Bandung dengan kerjasama Kelab UMNO Luar Negara dan Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia, telah menyertai pasukan Sukarelawan Bulan Sabit Merah Indonesia bagi memberikan bantuan di Pangalengan, Bandung Selatan.

Shabery yang juga Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara berkata, konsep lama program Kelab UMNO Luar Negara yang lebih bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar Malaysia bernesra dan berkenalan antara satu sama lain akan diubah pendekatannya.

“Kita akan menerapkan program-program yang akan membawa pelajar-pelajar kita membina rangkaian hubungan dengan masyarakat di mana mereka berada.

“Selama ini saya dapati ramai pelajar Malaysia di Amerika tidak ada rakan rakyat Amerika, ramai pelajar kita di UK tiada rakan rakyat British, mereka hanya bergaul dan berkumpul sesama sendiri,” katanya.

Disediakan Oleh : Hisham Abdul Hamid, SUA Menteri Belia dan Sukan.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article