- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

KBS Sambut Baik

Must read

Penubuhan Pasukan 1Malaysia F1 Team

Kementerian Belia dan Sukan menyambut baik penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team dan bersedia menjalin kerjasama dengan Kementerian Kewangan untuk merealisasikan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Menterinya Datuk Ahmad Shabery Cheek dipetik dari BERNAMA sebagai berkata, pengumuman penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team oleh Perdana Menteri itu amat dialu-alukan dan sudah tentu membanggakan rakyat di negara ini terutama di kalangan mereka yang meminati sukan permotoran tersebut.

“Sudah sekian lama Malaysia hanya menjadi penganjur sukan itu dan dengan memiliki infrastruktur antara yang terbaik di dunia itu, sudah sampai masanya kita mempunyai pasukan sendiri.

“Ini satu peningkatan mendadak dan sudah tentu ia bukan satu perkara yang mudah memandangkan ia memerlukan kepakaran bukan sahaja dari segi pemanduan tetapi juga kejuruteraan dan reka bentuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika diminta mengulas tentang pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai penubuhan pasukan 1Malaysia F1 Team Selasa.

Ahmad Shabery yang ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama pegawai Kemaman Supply Base (KSB), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kertih, serta pegawai sukan di sini malam ini, turut melahirkan keyakinan terhadap kemampuan anak tempatan dalam sukan itu.

“Ia mungkin akan ambil masa untuk pasukan kita bersedia dan menjadi terkenal seperti pasukan F1 yang sedia ada sekarang. Macam pasukan BMW juga, mereka ambil masa untuk capai tahap yang tinggi seperti sekarang.

“Jadi kita tidak perlu negatif dan patut berbangga dengan perkembangan tersebut,” katanya.

Najib semalam (15 september 2009) mengumumkan pasukan 1Malaysia F1 Team, usaha sama kerajaan dan swasta negara ini, akan menyertai perlumbaan F1 mulai tahun depan.

Perdana Menteri berkata projek itu melibatkan gabungan kepakaran Proton dan Lotus dengan disokong oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), Naza Motor dan Air Asia.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article