Pembangunan melalui modal insan adalah antara elemen penting yang diberikan penekanan olen kerajaan ke arah mencapai kecemerlangan negara.
Oleh yang demikian penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan remaja adalah penting melalui program Rakan Muda khasnya Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD), yang bertujuan membentuk para remaja untuk menjadi modal insan yang sihat, bersatu padu dan mempunyai pemikiran kelas pertama.
Menyedari akan hal ini, maka kerana itu Kementerian Belia Dan sukan (KBS) telah melaksanakan RMWD.
Semenjak tahun 2007, iaitu pada peringkat awalnya di kawasan Parlimen melalui Penggerak Rakan Muda dan juga pelajar-pelajar di Institusi Pengajian tinggi (IPT) melalui Sekretariat Rakan Muda di IPT masing-masing.
Kini, program ini diperluaskan kepada kumpulan sasar di sektor perumahan seperti Kg. Baru, Estet, masyarakat Orang Asli dan kini masyarakat etnik Sarawak.
Program RMWD diperkenalkan bagi mewujudkan golongan belia berpersonaliti unggul. Nilai-nilai murni akan diterapkan di dalam program ini bagi mendidik dan membentuk golongan belia ke arah tersebut agar dapat mencapai kecemerlangan negara ke tahap terbilang.
Kumpulan sasar program ini adalah remaja yang berumur dari 15 hingga 25 tahun.
Program ini yang mempunyai ciri-ciri utama aspek pembangunan remaja yang terdapat di dalam falsafah pembangunan Program Rakan Muda iaitu pembangunan fizikal, mental dan spiritual dengan elemen pembangunan masyarakat telah diperkenalkansecara menyeluruh kepada masyarakat komuniti setempat.
Menerusi program RMWD mencakupi 4 elemen utama iaitu interaksi sosial, perpaduan kaum, cintakan negara danpengukuhan ikatan yang berteraskan Gaya Hidup Rakan Masyarakat.
Pelaksanaan program akan dijalankan dengan kerjasama bersama NGO pada setiap hujung miggu.
Matlamat jangka masa panjang program ini adalah untuk membentuk para remaja supaya dapat menjadi modal insan negara yang sihat, bersatu padu dan mempunyai pemikiran kelas pertama.
Bagi setiap kawasan yang terlibat, Kelab Rakan Muda (KRM) dan Skuad Sukarelawan Rakan Muda yang terdiri daripada remaja-remaja setempat diwujudkan yang akan menggerakkan aktiviti-aktivi sosial setempat secara berterusan pada setiap minggu.
Kelab tersebut yang didaftarkan di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (di Semenanjung Malaysia) manakala, di Sarawak ia didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan.
RM1, 000.00 akan diberikan sebagai insentif penubuhan KRM untuk menggalakkan penglibatan belia/remaja dalam aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini.
Sehingga hari ini, sebanyak 31 kelab Rakan Muda Peringkat Parlimen telah ditubuhkan di Sarawak.
Program ini akan dilaksanakan berasaskan kepada 8 gaya hidup (Rakan Muda) Seni Budaya, RM Wirausaha, RMKecergasan, RM Masyarakat, RM Wajadiri, RM Inovasi, RM Cinta Alam, RM Remaja Siber) dan 4 program utama Rakan Muda.(RM Wawasan Desa, RM Sukarelawan, RM Jiran Muda, Anugerah Remaja Perdana).
Pemilihan aktivit yang ingin dilaksanakan adalah bergantung kepada kehendak dan minat golongan belia setempat.
Pemilihan aktiviti juga adalah bergantung kepada kemudahan yang sedia ada di tempat itu. Sasaran projek untukmasyarakat etnik Sarawak adalah di 17 buah kampung iaitu di Rumah Annah Rais, Padawan; Kampung Suba Buan, Bau; Kampung Pelandok, Sadong Jaya; Kampung Sabu, Sri Aman; Kampung Tuie, Pusa; Rumah Panjang Sungai Pelandok, Betong; Rumah Anggan, Sungai Madur, Meradong; Kampung Melayu hilir, Sibu; Selangau, Kampung Gelam, Song; Kampung Melayu Belaga; Kampung Telian, Mukah;Kampung Penan Muslim, Batu 10,Bintulu;Kampung Bungai, Miri;Kampung Melayu;Bakong;Kampung Buang Siol, Limbang dan di Lawas.
Program ini, adalah diharapkan akan dapat mendorong remaja kepada kegiatan kecergasan, kesukarelaan khususnya kepada aktivit-aktiviti yang berbentuk khidmat masyarakat.
Info tentang Etnik Sarawak
- Negeri Sarawak mempunyai seramai 2.07 juta orang penduduk dengan penduduk belia seramai 739,400 atau 35.7 peratus daripada penduduk Sarawak
- Mengikut rekod, Negeri Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban,Melayu,Cina, Bidayuh,Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit,Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain
- Meskipun tergolong dalam kumpulan minoriti, kumpulan masyarakat etnik Sarawak di negara ini tidah pernah tercicir atau dinafikan dalam arus perdana,sesuai dengan kemajuan yang dikecapi negara.
- Kampung Annah Rais mempunyai lebih kurang 112 isi rumah dengan penduduk seramai kira-kira 748 orang juga merupakan sebuah perkampungan tradisional masyarakat Bidayuh yang terletak dalam kawasan DUN Tarat N17 dan kawasan Parlimen Mambong P198.