- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kemudahan Literasi Maklumat Secara ’Walk In’

Must read

Pustaka Negeri Sarawak

Pengguna Pustaka Negeri Sarawak kini boleh menyertai Sesi ‘Walk in’ Literasi Maklumat secara individual dan berkumpulan di Pustaka Negeri Sarawak dengan mengikut kesesuaian masa mereka sendiri tanpa had masa diperuntukkan.

Program pendidikan pengguna ini merupakan inisiatif Pustaka untuk melatih pengguna memanfaatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pustaka Negeri Sarawak dan membantu meningkatkan kemahiran literasi maklumat mereka untuk memenuhi keperluan maklumat semasa dengan memberi ilmu dan pengetahuan.

Program ini tersedia kepada pengguna setiap hari kecuali cuti umum yang bermula pada jam 10 pagi – 5 petang.

Untuk mengikuti sesi ini, sila berjumpa dengan staf bertugas di Kaunter Perkhidmatan atau hubungi nombor telefon 082-442000/ whatsapp 013-8044220. Untuk pertanyaan melalui emel, sila hantarkan kepada librarian@sarawak.gov.my

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article