- Advertisement -spot_img
4,841
published news
and counting

Prosedur dan Mekanisme Pengeluaran Lesen/Permit Kayu Hanyut

Must read

Jabatan Hutan Sarawak baru-baru ini telah mengadakan Bengkel Pemurnian Prosedur dan Mekanisme Pengeluaran Lesen/Permit Kayu Hanyut (Driftwood).

Bengkel yang berlangsung dari 24 hingga 25 Februari 2021 ini telah dihadiri oleh para pegawai daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSSS), Pasukan Polis Marin, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Tanah dan Survei.

Bengkel yang dianjurkan selama dua hari ini ialah lanjutan daripada mesyuarat yang telah adakan pada 10 Februari 2021 lepas yang mana telah diputuskan untuk merangka satu prosedur khusus pengeluaran lesen. Sebelum prosedur ini dimuktamadkan untuk diguna pakai oleh semua pihak, prosedur ini perlu dirangka dengan teliti melalui input-input serta pandangan daripada semua agensi yang berkenaan supaya ia tidak bercanggah dengan perundangan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh setiap agensi berkenaan.

Bengkel turut dihadiri oleh para pegawai daripada Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN), Lembaga Sungai Sungai Sarawak (LSSS), Pasukan Polis Marin, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Tanah dan Survei

YBhg. Datu Hamden bin Haji Mohammad, Pengarah Hutan Sarawak dalam ucapan perasmian bengkel ini memaklumkan, “Jabatan Hutan Sarawak telah menerima sebanyak enam (6) permohonan. Namun, kita di Jabatan Hutan Sarawak belum dapat mempertimbangkan permohonan tersebut memandangkan kita belum mempunyai prosedur yang komprehensif bagi tujuan tersebut.”

“Saya berharap selepas bengkel ini, prosedur- prosedur yang digunakan akan dapat direalisasikan bagi memudahkan semua pihak terutama penguatkuasaan dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik serta tiada sebarang pertindihan tugas yang berlaku,” tambah beliau.

RAKAN Sarawak merakam penghargaan terima kasih di atas kerjasama Jabatan Hutan Sarawak yang membantu menyalurkan maklumat dan foto dalam penghasilan artikel di atas.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article