- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Ketua Menteri Terima Suntikan Pertama Vaksin COVID-19

Must read

Ketua Menteri Terima Suntikan Pertama Vaksin COVID-19

Ketua Menteri,

Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 26 Februari 2021 sekitar jam 3.00 petang telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Petra Jaya.

Ketua Menteri antara individu awal yang menerima suntikan vaksin COVID-19 fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer-BioNTech, sekali gus menjadi rakyat pertama negara ini yang berbuat demikian pada 24 Feb 2021.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mengandungi tiga fasa.

Fasa pertama bermula pada 24 Februari sehingga April 2021.

Fasa kedua pula akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 dan akan melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi, manakala Fasa Ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022.

Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dan akhirnya dapat menamatkan pandemik COVID-19.

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan melibatkan pelbagai pihak yang merangkumi usaha advokasi dan khidmat sokongan serta proses vaksinasi di seluruh negara.

Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada semua penduduk Malaysia (warganegara dan bukan warganegara).

Had umur ialah 18 tahun ke atas. Pendekatan Kerajaan adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia menerima vaksin menjelang Februari 2022 untuk mengurangkan penularan virus COVID-19.

Turut menerima suntikan pertama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Ugah Embas tidak menerima suntikan hari ini disebabkan isu kesihatan.

Datuk Patinggi Abang Zohari dijadualkan menerima suntikan kedua pada 19 Mac 2021.

Turut menerima suntikan pertama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Profesor Dato Sri Dr. Sim Kui Hian. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Ugah Embas tidak menerima suntikan hari ini disebabkan isu kesihatan.
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article