- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

OSCA Klinik Kesihatan Petra Jaya

Must read

Kemudahan Kedua Pusat Sehenti Untuk Penagih di Sarawak

Pusat Sehenti Untuk Penagih (One Stop Centre For Addiction – OSCA) Klinik Kesihatan Petra Jaya merupakan kemudahan kedua yang ditubuhkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri di Sarawak.  Yang pertama adalah di Klinik Kesihatan Tudan, Miri.

OSCA ialah sebuah pusat perkhidmatan sehenti bagi rawatan dan pemulihan dalam komuniti secara sukarela untuk individu yang ketagih bahan terlarang (substance) dan dadah yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan. 

Antara perkhidmatan di OSCA adalah:

  •  Intervensi penagihan dan penyalahgunaan inhalan, daun ketum dan ATS;
  •  Intervensi kemudaratan alkohol;
  •  Intervensi penagihan ubat pelali dan ganja; dan
  •  Klinik berhenti merokok dan Klinik Terapi Bantuan Secara Ubatan (Medicated Assisted Therapy – MAT) untuk penagihan Opiad.

Penubuhan OSCA oleh Jabatan Kesihatan adalah bertepatan dengan agenda One Stop Committee bagi Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) Negeri Sarawak yang menyeluruh dan bersepadu. 

Secara keseluruhan, seramai 2,244 orang sedang mendapat rawatan dan pemulihan penagihan secara formal di Sarawak iaitu secara dalam institusi seperti  di PUSPEN (124 orang) dan di pusat-pusat NGO (87 orang); secara dalam komuniti yang diperintahkan oleh mahkamah (1,922  OKP); dan secara sukarela di OSCA (111 orang).

One Stop Committee MIDS Negeri Sarawak telah melantik Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Membanteras Penagihan dan Pemulihan Dadah dan Substance selaras dengan fungsi dan hasrat Jabatan Kesihatan Negeri untuk memperluaskan perkhidmatan OSCA ini di Sarawak. 

Melalui tadbir urus One Stop Committee MIDS Negeri Sarawak, Kerajaan Negeri menyokong usaha Jabatan Kesihatan untuk menjalinkan jaringan kerjasama dan kolaborasi yang lebih utuh bagi meningkatkan akses, mempelbagaikan peluang dan meningkatkan saluran rawatan dan pemulihan penagihan dalam komuniti secara sukarela kepada individu yang sudah terjebak.    

Pada 2 Mac 2021, Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah mengadakan lawatan ke OSCA Klinik Kesihatan Petra Jaya.

Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah (berbaju kurung kuning) meluangkan masa melawat OSCA Klinik Kesihatan Petra Jaya

Lawatan ini amat bermakna bagi berkongsi maklumat tentang OSCA dengan masyarakat secara am dan dengan komuniti yang berisiko serta terjebak substance semasa program-program pembangunan dan intervensi sosial yang dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Sosial.

Lawatan ini juga dapat mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dan kolaborasi yang lebih utuh bagi rawatan dan pemulihan penagihan dalam komuniti secara sukarela kepada individu yang sudah terjebak substance di Daerah Kuching, khususnya di Petra Jaya dan kawasan sekitarnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article