Daerah
Lawas merupakan daerah yang paling utara di negeri Sarawak. Daerah ini
mempunyai satu keunikan iaitu bersempadan dengan dua (2) sempadan
antarabangsa iaitu Daerah Temburong, Negara Brunei Darusalam di
bahagian selatan dan Daerah Kalimantan Timur (KALTIM) di bahagian
timur.
Selain itu, Daerah Lawas juga bersempadan dengan negeri Sabah di
bahagian utara dan Wilayah Persekutuan Labuan di bahagian barat.
Namun begitu, situasi ini tidak menghalang Daerah Lawas dari menikmati pembangunan selari dengan daerah-daerah lain di Sarawak.
Berdasarkan pencapaian kewangan sehingga 28 Disember 2005, sejumlah
RM2.629 juta telah dibelanjakan iaitu 77% dari peruntukan diluluskan.
Peratusan ini dijangka akan meningkat sehingga 99.5% menjelang tarikh
berakhir tahun kewangan 2005. Manakala dari segi pelaksanaannya pula,
188 projek telah disiapkan setakat 28 Disember 2005 iaitu 81.7% dari
bilangan projek yang telah diluluskan (230 projek).
Menjelang berakhirnya tahun kewangan semasa, semua projek akan disiapkan kecuali Projek Mengganti Pagar Jenis Barbwire kepada Chainlink di SK Long Semodoh.
Bagi tahun 2006 pula, Pejabat Daerah Lawas akan terus memperkasakan
jentera pentadbiran agar projek dan program yang diluluskan dapat
disiapkan mengikut jadual demi kesejahteraan rakyat.
Program & Projek Pembangunan Daerah Lawas 2005
Nama Projek |
Bilangan Projek Dilulus |
Peruntukan Dilulus (RM) |
Program Bantuan Rumah (PBR) |
12 |
156,240 |
Projek Jalan Kampung (PJK) |
37 |
1,020,000 |
Projek Ameniti Sosial |
10 |
205,000 |
Projek Penyenggaraan Infrastruktur Awam |
49 |
1,213,993.70 |
MRP Negeri |
84 |
512,340 |
Projek-Projek Kecil Persekutuan (Khas UPP) |
9 |
130,000 |
Peruntukan Ahli Parlimen |
25 |
156,800 |
Program Latihan dan Pendidikan (PLP) |
3 |
28,000 |
Program Pembangunan Minda Insan (PPMI) |
1 |
8,000 |
Jumlah |
230 |
3,430,373.70 |