Sarawak Forestry Corporation telah melancarkan program ‘Adopt a Tree’
di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Thomas pada Mac tahun lalu
sebagai satu pertandingan antara sekolah bagi menjayakan kempen
kesedaran alam sekitar di samping mendidik pelajar di negeri ini
berkenaan kepelbagai jenis pokok yang ada di negeri ini, sempena Hari
Hutan Sedunia.
Bagi menjayakan usaha ini Sarawak Forestry Corporation akan membekalkan
biji benih pokok serta baja bagi memastikan pokok yang ditanam dapat
tumbuh subuh. Bantuan ini akan diberikan kepada sekolah-sekolah
tertantu yang terbabit dengan kempen ini.
Antara sekolah yang terpilih ialah SMK St Thomas, SMK Matang Hilir, SMK
Semerah Padi, SMK Petra Jaya, Kolej Abdillah, SMK Tun Ahmad Zaidi
Adruce, SMK Sungai Tapang, SMK Siburan dan SMB Kuching High.
Kejayaan sekolah-sekolah berkenaan akan dinilai berdasarkan jumlah
pokok yang ditanam serta kesuburannya, disamping kreativiti dan usaha
keseluruhan mewujudkan pemnadang lanskap yang sesuai serta penyertaan
pelajar keseluruhannya.
Spesis yang akan ditanam ialah Bintangor, Medang Tija, Ru Ronang, Bunga
Tanjong, Ru Laut, Kapur Bukit, Mast Tree, Tecoma, Majestic Palm, Palas,
Chinese Fan Palm dan Macarthur Palm.