- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Kampung Bako Sejahtera

Must read

Projek Kampung Bako Sejahtera merupakan projek
usahasama NREB, DBKU serta masyarakat tempatan yang bertujuan untuk
membersihkan Kampung Bako sambil menukar komuniti Kampung Bako kepada
komuniti yang berdisiplin dan berdikari terutama dalam memastikan
kebersihan dan sanitasi kampung.



Sebelum projek ini, sampah-sarap didapati bertaburan di kawasan kampung, di bawah rumah dan di dalam sungai. Jawatankuasa penggerak projek telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2003.

Jawatankuasa ini telah mengadakan beberapa siri perbincangan dan
taklimat, gotong-royong, sistem zon, penyediaan tong sampah, penyediaan
papan kenyataan, promosi kitar semula, penubuhan Kelab Pencinta Alam
Sekitar (PALS) di SK Bako dan SMK Bako dan penyediaan Penunjuk Kemajuan
Utama (Key Performance Indicator) untuk menentukan kemajuan projek ini.
Antara elemen yang diambil kira dalam Penunjuk Kemajuan Utama ini ialah :
  • pengetahuan dan kefahaman penduduk terhadap persekitaran yang bersih
  • penglibatan penduduk dalam pelbagai program
  • jumlah sampah yang dihasilkan
  • jumlah bahan kitar semula yang dihasilkan
  • pendapat penduduk tentang kebersihan secara keseluruhan
  • Indeks Aedes (Aedes House Index)

Bagi mengukuhkan lagi projek ini, pada tahun 2005 telah diadakan pertandingan kebersihan antara zon. Panel
hakim telah melawat dan menghakimi kebersihan zon sebanyak empat (4)
kali dan markah purata dikira bagi menentukan pemenang. Semua
ini adalah sebagai galakan supaya penglibatan masyarakat tempatan
adalah berterusan untuk kesejahteraan penduduk di kampung ini sendiri.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article