- Advertisement -spot_img
4,805
published news
and counting

Rumah Panjang Konsep Baru

Must read


Penduduk rumah panjang di negeri Sarawak akan dapat menikmati keadaan
rumah yang lebih selesa, selamat serta moden tidak lama lagi.

Ini
berikutan, Kementerian Perumahan Sarawak sedang merangka konsep baru
rumah panjang yang bakal mengantikan rumah panjang tradisi yang ada
sekarang.

Menurut Menterinya, Dato Sri Abang Haji Johari Tun
Abang Haji Openg perancangan pembangunan semula rumah panjang tersebut
akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Sehubungan itu, kementerian beliau
akan menghantar rekabentuk tersebut ke Majlis Adat Istiadat bagi
memperolehi persetujuan mengenai rekabentuknya bagi memastikan cadangan
reka bentuk baru ini bersesuaian dengan reka bentuk rumah panjang
tradisional.

Mengulas lebih lanjut mengenai rekabentuk moden
rumah panjang tersebut, beliau berkata ia adalah rumah teres yang
dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.

Kata
beliau lagi, ia turut mengekalkan ciri-ciri tradisi rumah panjang
seperti “ruai” atau ruang legar hadapan bagi kegunaan acara keagamaan
dan keramaian.

Yang menariknya mengenai rumah panjang ini, ia
turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan iaitu tembok rintangan
api bagi setiap lima (5) pintu bagi menyekat kebakaran daripada merebak
dengan cepat.

Tembok rintangan api tersebut, tambah beliau mampu
mengurangkan risiko kebakaran di samping kerugian harta benda dan
kehilangan nyawa.

Mengikut statistik dari tahun 2000 hingga Mei
tahun lalu (2005), nilai kerugian harta benda yang dicatat akibat
kebakaran rumah panjang sahaja mencecah RM27 juta. Sehingga kini,
terdapat kira-kira 4,200 buah rumah panjang di Sarawak dengan setiap
rumah panjang didiami oleh 50 orang keluarga.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article