Artikel sumbangan : Khairul Reza; JKR Bahagian Sarikei
Selain daripada mengadaptasi MS ISO
9001:2000 dalam pengurusan sumber manusia dan teknikal, JKR Bahagian Sarikei
juga aktif dalam program yang berkait rapat dengan kualiti.
JKR Bahagian Sarikei meneruskan
aktiviti KMK yang bermula semenjak 2002 dengan penubuhan beberapa KMK yang
telah mengenengahkan beberapa projek yang berkaitan dengan pembaharuan aspek
pengurusan dan teknikal jabatan.
Antara KMK pertama ditubuhkan di
JKR Bahagian Sarikei ialah KMK MUTIARA yang telah ditubuhkan pada tahun 2002.
Kumpulan ini telah menyertai beberapa pertandingan KMK peringkat jabatan dan
peringkat negeri.
Bermula daripada aktiviti mini
konvensyen KMK di JKR Bahagian Sarikei, lahirlah KMK MESRA yang telah
ditubuhkan pada akhir 2004.
KMK MESRA muncul dengan projek
sulung mereka iaitu Mengatasi Kesukaran Mengurus Maklumat Permohonan
Membaikpulih Bangunan Kerajaan.
Objektif projek kumpulan KMK MESRA ialah
untuk menyediakan sistem penghantaran maklumat permohonan membaikpulih bangunan
kerajaan secara online, yang dikenali
sebagai e-Building Maintenance.
KMK MESRA yang agak aktif sepanjang
tahun 2005 menyaksikan mereka mendapat tempat yang agak membanggakan dalam
pertandingan peringkat jabatan dan negeri, khasnya pada Konvensyen KMK Ke-2 JKR
Sarawak pada Mei 2005.
Dalam pertandingan itu, KMK MESRA
telah mendapat tempat ke-2 (Kategori Pengurusan) dan telah terpilih untuk
mewakili JKR Sarawak ke Konvensyen KMK Sektor Awam Peringkat Negeri Sarawak
pada Ogos 2005, di mana KMK MESRA telah mendapat tempat ke-3 (Kategori
Teknikal).
Selain daripada itu, JKR Sarikei
juga turut terlibat dalam program Hari Kualiti Bersama Pelanggan di Julau,
Sarikei pada 2005.
Melalui program ini, penduduk
tempatan khasnya dari kawasan luar bandar mengambil kesempatan untuk
mendapatkan penerangan dalam hal-hal melibatkan perkhidmatan serta
projek-projek pembangunan di bawah seliaan JKR Bahagian Sarikei.
Adalah menjadi hasrat JKR Sarikei
untuk mewujudkan budaya kerja yang berkualiti tinggi, khasnya dalam pengurusan
sumber manusia dan kepakaran teknikal dalam menyampaikan perkhidmatan kepada
pelanggan.
Selain daripada itu juga,
JKR Sarikei akan terus mengadaptasi segala peralatan dan konsep kualiti yang
kontemporari bagi memastikan misi dan tanggungjawab jabatan dapat
ditambahbaikan secara efektif & efisien dari semasa ke semasa.