- Advertisement -spot_img
4,845
published news
and counting

Cadangan Wujudkan Mahkamah Bergerak

Must read

Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah
dan Sarawak yang baru, Datuk Richard Malanjum, dalam satu kenyataan yang
dipetik daripada BERNAMA pada 26 Julai 2006, bercadang menubuhkan mahkamah
bergerak untuk kemudahan penduduk kawasan pedalaman di kedua-dua negeri itu.

Katanya cadangan itu akan
menjimatkan kos berbanding membina bangunan untuk menempatkan sebuah mahkamah.

Datuk Richard Malanjum, 54,
merupakan hakim pertama berketurunan Kadazandusun dari Sabah yang memegang
jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Steve Shim Lip Kiong yang bersara minggu
lepas.

Beliau berkata satu lagi rancangan
ialah membina sebuah mahkamah residen di Mukah, Sarawak, tetapi ia tertakluk
kepada kelulusan Ketua Hakim Negara.

Datuk Richard Malanjum dilahirkan
pada 13 Oktober 1952 di Tuaran, Sabah, dan berkelulusan undang-undang dari
University of London. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Marina Tiu,
seorang peguam.

Beliau menyertai badan kehakiman
pada 1992 apabila dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Sabah sebelum
mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2003.

Pada 17 Jun 2005, Malanjum dilantik
sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan merupakan hakim termuda dipilih memegang
jawatan itu.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article