- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Jalan Kuching-Serian Lebih Selesa dan Selamat

Must read

Pelaksanaan dan
penyiapan Jalan Kuching-Serian
dengan
kos kira-kira RM171.6 juta
kini telah memberi keselesaan
kepada para pengguna yang selama ini terpaksa berdepan dengan masalah kesesakan
pada waktu puncak dan keselamatan ketika dalam perjalanan terutama pada waktu
malam.

Jalan raya dua lorong bagi laluan sehala sepanjang kira-kira
33.6 km itu dibina dari persimpangan lampu isyarat di kilometer 24 Jalan
Kuching-Serian sehingga ke bulatan mercu tanda Bandar Serian.

Pembinaannya dimulakan pada September 2001 dan disiapkan
pada Oktober 2005.

Datuk Seri S Samy Vellu, Menteri Kerja Raya Malaysia telah
merasmikan jalan raya baru itu pada Februari yang lalu. Majlis itu turut
dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Infrastruktur dan Perhubungan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak YB
Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang.

Kemudahan jalan raya
yang dilengkapkan dengan kemudahan lampu jalan itu telah memendekkan lagi masa
perjalanan dari kira-kira satu setengah jam kepada kira-kira satu jam dari
Bandar Raya Kuching ke Bandar Serian yang sejauh kira-kira 60 km.

Di
samping itu, ia juga akan menggalakkan perhubungan perdagangan antara Malaysia
dan Indonesia, atau secara khususnya antara Kuching dengan Kalimantan Barat.

Datuk
Seri S Samy Vellu juga telah hadir untuk merasmikan
jalan
di antara Tanjong Kidurong di Bintulu dan Tanjong Lobang di Miri yang sejauh
kira-kira 178 km pada Mac lalu.

Kemudahan jalan itu berpotensi besar
dalam menggalakkan pertumbuhan sektor perladangan kelapa sawit, pertanian dan
pelancongan di sepanjang jalan berkenaan.

Pada majlis itu,
beliau turut menjelaskan bahawa kira-kira RM20 juta diperlukan bagi kerja-kerja
membaikpulih Jalan Lutong – Kuala Baram di Miri yang kini berdepan dengan
masalah hakisan akibat ombak laut.

Jalan raya sepanjang
kira-kira 20 km itu merupakan jalan penting yang menghubungkan Lutong dengan
Kuala Baram serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sungai Tujuh.

Ia
juga merupakan sebahagian daripada Jalan Pan-Borneo iaitu jalan yang
menghubungkan Sabah dan Sarawak dari Miri ke Limbang, Lawas dan seterusnya ke
Sedumin di negeri Sabah.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article