- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Memilih Makanan Yang Sihat

Must read

Memilih makanan yang sihat serta risiko
mendatangkan penyakit yang rendah untuk kanak-kanak adalah satu perkara yang
bukan mudah. Kini pelbagai makanan ringan ataupun makanan siap untuk dimakan
tersedia di kedai-kedai mahupun di supermarket di merata tempat. Sebagai ibu
bapa atau penjaga kanak-kanak, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk
mengawasi dan mengawal pola makan dan jenis makanan untuk kanak-kanak.

Kajian Mindy Hermann, R.D., seorang ahli
gizi menyatakan bahawa rata-rata pola pemakanan dan jenis makanan yang dimakan
oleh kanak-kanak sekarang lebih banyak memberi kesan buruk kepada tumbesaran
berbanding kebaikannya. Menurutnya, para ibu bapa atau penjaga perlu memilih
makanan yang benar-benar diperlukan bagi perkembangan kesihatan anak-anak
mereka.

Kanak-kanak sepatutnya dielakkan daripada
mengambil makanan ringan yang tidak mendatangkan faedah semasa tumbesaran
mereka. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu dikurangkan sebanyak
mungkin.

Donat
Setiap Donat mengandungi 200 hingga 300
kalori yang kebanyakannya dipenuhi dengan pelbagai jenis lemak dan trans-fatty
acid yang boleh tersumbat dalam saluran-saluran arteri.

Nugget ayam
Makanan ini penuh dengan lemak. Nugget dan
sosnya banyak mengandungi sodium yang biasanya menyebabkan darah tinggi untuk
orang dewasa.

Kentang goreng
Biasanya disebut french fries ini
mengandungi lemak yang cukup tinggi dan hanya sedikit mengandungi vitamin.
Sebaiknya kanak-kanak tidak terlalu banyak makan makanan ini. Boleh diberikan
sesekali tetapi kadar yang kecil.

Kerepek atau keropok
Terdapat berbagai-bagai jenis kerepek atau
keropok di pasaran seperti kerepek kentang, keropok udang, kerepek jagung
mahupun Cheese puff. Sebahagian besar kandungannya ialah lemak, sodium dan
kalori kosong. Kanak-kanak perlu dikawal makan segala jenis keropok atau
kerepek ini.

Minuman perisa buah
Rata-rata minuman jenis ini hanya
mengandungi 10% jus buah, bakinya adalah air dan pemanis walaupun dalam senarai
kandungannya selalu tertulis 100% pati oren, anggur atau epal. Zat-zat dalam
jus buah akan lenyap akibat dicampur dengan air dan pemanis. Jadi, berikan
anak-anak buah-buahan yang segar atau jus buah yang diperah sendiri.

Minuman berkarbonat
Dalam satu botol atau tin minuman berkarbonat,
ia mengandungi hampir 10 sudu gula yang boleh menyebabkan kegemukan dan
kerosakan gigi. Malah, kanak-kanak yang lebih suka minum minuman ringan yang
dikatakan mengandungi susu sebenarnya, tidak memperoleh kalsium yang mencukupi
untuk tumbesaran tulang-tulang mereka.

Tentunya masih banyak lagi jenis makanan
yang kurang baik untuk dimakan oleh kanak-kanak. Tetapi, apa yang penting
adalah tanggungjawab kita semua untuk mengawal daripada memakan makanan seperti
di atas. Kunci utama dalam menangani masalah pemakanan anak-anak kita adalah
dengan mengawal dan mengelakkan makanan yang membawa kesan buruk. Berikan
mereka makanan yang segar dan berkhasiat demi kesihatan dan tumbesaran yang
lebih baik.

Sumber : Pusat Khidmat Aduan
Pengguna Nasional; Buletin Pengguna

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article