- Advertisement -spot_img
4,842
published news
and counting

Pembangunan Kemudahan Awam

Must read

Majlis
Daerah Marudi (MDM) memberikan lebih tumpuan terhadap projek pembangunan
kemudahan awam sepanjang tahun lepas (2005).

Antara
projek utama tersebut ialah pembinaan sebuah perpustakaan awam Marudi yang baru
dan Kompleks Sukan Marudi.

Menurut
Setiausahanya, Encik Francis Liew Shong Lee, kedua-dua projek tersebut
dilaksanakan untuk memberikan keselesaan di samping memberikan kemudahan kepada
masyarakat di sekitar Marudi.

Mengenai
perpustakaan awam Marudi yang baru, jelasnya ia sedang dalam pembinaan. Projek
yang bernilai kira-kira RM 3.34 juta itu akan mengambil masa 16 bulan untuk
disiapkan yang telahpun bermula pada November tahun lepas (2005).

Pembinaan perpustakaan tersebut
merangkumi beberapa komponen utama antaranya pembinaan bangunan empat (4)
tingkat berkeluasan 540 meter persegi, Pusat IT, Ruang membaca untuk
kanak-kanak dan dewasa, Bilik Perbincangan dan Tempat letak kenderaan.

Sebuah
lagi projek kemudahan awam yang dilaksanakan Majlis Daerah Marudi (MDM) pada
tahun lepas ialah Kompleks Sukan Marudi.

Kompleks
Sukan Marudi yang sedang dalam pembinaan ini
terletak bersebelahan dengan tapak lokasi perpustakaan awam yang baru
iaitu kira-kira 1 km dari Pekan Marudi.

Antara
komponen projek pembinaan Kompleks Sukan Marudi ialah padang bola sepak dengan
trek larian dan “mini grand stand”.
Pembinaan projek tersebut diharap dapat menyediakan kemudahan yang lebih selesa
dan selamat untuk aktiviti Sukan.

Berkaitan
dengan pembangunan projek di bawah kendalian Majlis Daerah Marudi yang berakhir
pada Disember tahun lepas (2005), lain-lain projek berjaya dilaksanakan
termasuklah menaiktaraf jalan dan laluan pejalan kaki di Pekan Marudi, Long
Lama dan Beluru.

Beberapa
projek pembangunan turut dijalankan di kawasan luar bandar ini termasuk
pembinaan jambatan kayu/ Belian, Rh. Undak, Sg. Sebatang Marudi dan pembinaan
parit konkrit Rh. Mun,Sg. Malang Ulu Bakong

Pada
tahun lepas juga, kesemua program pengindahan dan landskap, menaiktaraf pasar
dan Gerai serta Taman Awam berjaya
dilaksanakan. Ini merangkumi kawasan Bandar Marudi, Pekan Long Lama dan Pekan Beluru.

MDM,
antara majlis daerah yang mempunyai kawasan pentadbiran yang luas iaitu
22,069.96 km persegi dengan seramai 88,800 orang penduduk di dalamnya.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article