- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Loji Rawatan Air Saratok

Must read

Seiring dengan status
Betong sebagai sebuah Bahagian yang baru, daerah Saratok turut menerima
limpahan pembangunannya seperti pembinaan kemudahan asas yang lebih baik serta
berkualiti.

Ini termasuklah
kemudahan bekalan air yang lebih baik. Loji Rawatan Air Saratok yang baru
adalah sebahagian contoh daripada usaha kerajaan untuk memenuhi keperluan
rakyat khasnya di kawasan luar bandar yang setakat ini telah memanfaatkan
seramai 53,000 orang pengguna.

Terletak di Nanga
Lichok, dalam daerah Saratok, loji ini berupaya meningkatkan kapasiti
pengeluaran bekalan air bersih kepada 12 MLD sehari dan boleh ditingkatkan
kapasitinya kepada 24 MLD kepada penduduk yang kebanyakan tinggal di sekitar
kawasan Roban, Nyabor, Grigat, Sessang, Empelam, Kabong serta di sepanjang
jalan Nyabor-Selalang dan Pekan
Saratok.

Pembinaan loji
rawatan air tersebut adalah bagi menampung dan menyediakan bekalan air yang
mencukupi untuk kawasan berkenaan sehingga ke tahun 2015.

Berdasarkan
permintaan yang semakin meningkatkan, kewujudan Loji Nanga Lichok yang baru ini
dilihat lebih ekonomikal, sesuai serta tepat pada masanya.

Selain itu,
penyaluran bekalan air dapat dilakukan secara bersepadu kerana ia turut
dilengkapi dengan sambungan paip yang menghubungkan Saratok, Roban, Nyabor dan
kawasan sekitarnya.

Berikutan siapnya
loji rawatan air yang baru, perkhidmatan Loji Rawatan Air yang lama telah pun
ditamatkan perkhidmatannya.

Sebelum ini, daerah Saratok mempunyai 3 buah loji iaitu
Loji Rawatan Air Saratok (lama) yang hanya berupaya menampung kapasiti 3.47 MLD
untuk kawasan sekitar Pekan Saratok manakala Loji Rawatan Air Kabong dan Loji
Pusat Rawatan Air Roban masing-masing dengan kapasiti 0.65 MLD membekalkan air
untuk Kawasan Kabong dan Kawasan Roban, Nyabor, Grigat, Sesang dan Empelam.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
Previous article
Next article
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article