- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Komplek Sukan Mini Lubok Antu Dirasmi

Must read

Komplek Sukan Mini di Lubok Antu yang
menelan perbelanjaan kira-kira RM3.5 juta kini mampu memberi keselesaan kepada
para penduduk sekitarnya untuk mendapatkan prasarana sukan yang moden seperti
mana yang terdapat di daerah-daerah lain di negeri ini.

Peruntukan bagi pelaksanaannya telah
disediakan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) yang seterusnya memberi ruang bagi
kerja-kerja pembinaan dimulakan pada tahun 2001 iaitu pada awal Rancangan Malaysia
Kelapan (RMK-8).

Majlis perasmian kompleks sukan itu
telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
baru-baru ini di Dewan Serbaguna Lubok Antu.

Ketua Menteri dalam ucapan perasmiannya
menjelaskan bahawa kemudahan yang disediakan itu merupakan satu contoh penting
bahawa penduduk di kawasan luar bandar tidak akan ketinggalan daripada
menikmati arus pembangunan negeri ini.

Paling mustahak adalah sokongan
daripada penduduk terhadap usaha kerajaan dalam melaksanakan proses pembangunan
di kawasan mereka supaya pelbagai projek kerajaan dapat disediakan dengan lebih
cepat.

Komplek Sukan Mini di Lubok Antu
mempunyai kapasiti kira-kira 1,000 tempat duduk. Selain itu, ia juga
menempatkan tiga buah gelanggang badminton dan sebuah gelanggang bola jaring.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article