- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

10 Tahun Gemilang

Must read

Tahun ini genap 10 tahun Majlis Perbandaran Padawan (MPP) memberi khidmatnya kepada kira-kira 306,000 penduduk yang mendiami kira-kira 47,000 kediaman dan hartanah lain di dalam kawasan pentadbirannya.

Bersempena itu, MPP telah merancang pelbagai aktiviti bagi membolehkan segenap lapisan masyarakat turut sama menikmati masa kegemilangan dan kegembiraan sambutan ulang tahunnya.

Antara aktiviti yang telah disusun sepanjang tahun ini ialah :

  1. Pesta Makanan, Pesta Perdagangan, Pesta Ria serta Persembahan Pentas di Bandar Baru Batu Kawah pada 1 – 14 September
  2. Pertandingan Bolasepak Liga Jemputan MPP 2006 di Kompleks Sukan Padawan bermula 24 Jun – 27 Ogos
  3. Pertandingan Pendidikan Lalulintas Shell 2006 Bahagian Kuching di Taman Lalulintas Kenyalang Park pada 29 Julai
  4. Pameran Lanskap di Pitcher Plant & Wild Orchid Garden, Kota Padawan pada 29 Jun – 5 Julai
  5. Hari Memperingati MPP di Pejabat MPP pada 31 Julai
  6. Borneo Highland Exploration Hunt 2006 bermula dari Kota Padawan hingga Borneo Highland Resort pada 26 Ogos
  7. Safari Sungai Padawan 2006 bermula dari Kpg Danu hingga Kpg Git pada 16 September
  8. Makan Malam Ulang Tahun Ke-10 MPP pada November 2006

Fakta Tentang MPP

  • Dibentuk pada penghujung tahun 1956 dan dikenali sebagai Majlis Daerah Luar Bandar Kuching (MDLBK)
  • Dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Padawan pada 1996
  • Majlis tempatan terbesar di Sarawak dari segi bilangan penduduk dan kawasan pentadbiran
  • Mempunyai kira-kira 306,000 penduduk di lebih 47,000 hartanah
  • Meliputi kawasan seluas kira-kira 1,431.82 kilometer persegi
Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article