Persidangan Jurutera-Jurutera Bahagian
Jabatan Kerja Raya Sarawak Ke-9 pada 8-9 Ogos 2006 telah diadakan di Sarikei.
Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei telah
menjadi tuan rumah bagi persidangan edisi kali ini.
Program
rasmi tahunan ini telah disertai oleh perwakilan-perwakilan dari 11 pejabat JKR
Bahagian seluruh Sarawak dan dari ibupejabat JKR Negeri.
Beberapa
ativitivi sampingan telah diatur sempena persidangan kali ini antaranya
aktiviti jungle trekking sejauh 2.3km di Taman Rimba Sebangkoi. Sepanjang
hampir satu jam aktiviti jungle trekking berlangsung, suasana kawasan dan
permukaan hutan yang mencabar ternyata tidak menjadi halangan kepada para
perwakilan dan mereka yang terlibat.
Aktiviti
ini juga telah menguatkan lagi jalinan kemesraan dan semangat kekitaan
sepanjang aktiviti jungle trekking tersebut.
Hari
kedua persidangan dimulakan dengan sesi bergambar bersama-sama perwakilan serta
dan ketua seksyen di depot Jalan Repok JKR Bahagian Sarikei. Seterusnya, para
perwakilan bergerak ke bilik persidangan bagi memulakan persidangan, yang mana
bagi edisi ke-9 tahun ini topik persidangan turut menyentuh perkara-perkara
penting dan terkini dalam JKR Sarawak mencakupi aspek-aspek pentadbiran,
kewangan, kakitangan, teknikal dan lain-lain lagi.
Beberapa
kata sepakat telah dipersetujui dan persidangan kali ini boleh dianggap berjaya
dalam mencapai objektifnya. Pihak perwakilan juga telah sebulat suara memilih
JKR bahagian Mukah untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan edisi ke-10 pada
tahun hadapan.
Perwakilan
persidangan juga telah dibawa melawat serta mengikuti taklimat teknikal di
tapak projek Pelabuhan Perikanan Laut Dalam di Tanjung Manis dan seterusnya ke
tapak projek empangan Gerugu di Sarikei.
Sebagai
akitiviti melabuh tirai persidangan, para perwakilan diraikan dalam majlis
makan malam Kelab Sosial dan Kebajikan Kakitangan JKR (SOKANJAYA) Bahagian
Sarikei yang diadakan di Dewan KPSU, Sarikei.
Para
perwakilan telah disajikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian yang
menarik, khasnya dari bakat-bakat kakitangan JKR Sarikei. Selain itu juga,
cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik turut diadakan.
Dalam
majlis tersebut, Pemangku Jurutera Bahagian JKR Sarikei En. Tiong King Wei yang
juga selaku Pengerusi SOKANJAYA Bahagian Sarikei telah manyampaikan ucapan
penghargaan di atas kerjasama yang diberikan oleh kakitangan JKR Bahagian
Sarikei yang telah membantu menjayakan Persidangan Jurutera-Jurutera Bahagian
Jabatan Kerja Raya Sarawak serta Malam SOKANJAYA pada tahun ini.
Beliau
juga turut menyampaikan cenderahati kepada perwakilan persidangan yang hadir
serta sijil penghargaan kepada kakitangan JKR yang telah bersara atas sumbangan
mereka selama ini dan juga kepada kakitangan JKR bahagian Sarikei yang telah
menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2005.
Secara
keseluruhan, program Persidangan Jurutera-Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya
Sarawak edisi ke-9 tahun ini telah diadakan dengan jayanya.
Adalah
diharapkan agar segala permuafakatan dan persetujuan yang telah dicapai dalam
persidangan dapat direalisasikan dengan efektif dan jayanya bagi membolehkan
JKR Sarawak berjaya mencapai objektifnya sebagai agen pembangunan infrastruktur
negara.
Artikel sumbangan Khairul Reza Mohd Jawi; Jabatan Kerja Raya Bahagian Sarikei