Pengarah NPC, Haji Abdullah Kassim
(kiri) menyampaikan Sijil 5S kepada
Encik Jumastapha Bin Lamat (kanan), Akauntan Negeri Sarawak dengan disaksikan
oleh Datuk Haji Mohd Morshidi Abdul Ghani
Sekalung tahniah
kepada seluruh warga Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak (JPNS) di atas kejayaannya mendapat
pensijilan 5S daripada Perbadanan
Produktiviti Negara (JPNS) baru-baru
ini.
Majlis Penyampaian
Sijil Pengiktirafan 5S telah
disampaikan oleh Timbalan Pengarah NPC,
Haji Abdullah Kassim kepada Encik Jumastapha Bin Lamat, Akauntan Negeri
Sarawak.
Majlis itu telah
disaksikan oleh Datuk Amar Haji Abdul Aziz Bin Dato Haji Husain, Setiausaha
Kerajaan Negeri yang diwakili oleh timbalannya, Datuk Haji Mohd Morshidi Abdul
Ghani di pejabat JPNS.
Dalam
teks ucapan Datuk Amar Haji Abdul Aziz yang dibacakan oleh timbalannya, beliau
menegaskan bahawa kualiti perkhidmatan awam dapat dipertingkat melalui pelbagai
cara dan salah satu daripadanya ialah melalui pendekatan konsep 5S.
Selain
daripada mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran di tempat kerja, 5S juga membantu mewujudkan semangat
kerjasama dalam organisasi.
Katanya,
konsep 5S amat mudah untuk difahami
dan dilaksanakan kerana ia hanya memerlukan pengetahuan umum, disiplin dan
komitmen daripada pihak pengurusan.
Justeru
katanya, tidak mustahil untuk semua agensi dan badan kerajaan melaksanakan 5S di organisasi masing-masing kerana JPNS telah membuktikannya dan telah
banyak membantunya merangkul pelbagai anugerah dan pengiktirafan lain seperti
ISO 9001 dan TQM (Total Quality Management).
Sementara
itu, Encik Jumastapha dalam ucapan aluannya meluahkan perasaan puas hatinya
dengan aktiviti 5S yang diusahakan
oleh kakitangannya.
Melalui
pengalamannya, 5S bukan sahaja telah
menambah produktiviti kerja, malah menggalakkan semangat bekerja.
Pertandingan
amalan 5S antara zon dalam organisasi
pula telah membantu 5S diamalkan
dengan konsisten dan sentiasa melalui proses penambahbaikan sepanjang masa.
Info 5S JPNS
- 5S merupakan konsep persekitaran kerja yang diperkenal di negara Jepun
untuk meningkatkan kualiti persekitaran di tempat kerja. Ia bermakna ‘sisih’,
‘susun’, ‘sapu’, ‘seragam’ dan ‘sentiasa amal’. - Program
5S JPNS dimulakan pada Mac 1996. - Kini
ia dilaksanakan di semua pejabat JPNS
(ibu pejabat dan 11 pejabat bahagian). - Polisi 5S JPNS – “Budaya 5S pemangkin ke arah Kecemerlangan Jabatan”
Bangga…Pengerusi
Jawatankuasa 5S JPNS, Pn. Sharifah
Rodziah bte Sayeed Aman Ghazali menunjukkan Sijil 5S yang baru diterima