Pengawal Lembaga Sumber Asli dan Alam
Sekitar (NREB) Chong Ted Tsiung (50) dilantik sebagai Datuk Bandar yang baru
bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa hari Isnin bagi menggantikan En. Chan Seng
Khai yang memegang jawatan itu selama sembilan tahun enam bulan.
Ini merupakan pertama kalinya seorang
pegawai kanan kerajaan dilantik memegang jawatan Datuk Bandar Bandar Raya
Kuching Selatan yang mana sebelum ini jawatan berkenaan diisi oleh ahli politik
dari Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
En. Chong merupakan lulusan Sarjana Sains
Perancangan Dan Pengurusan Alam Sekitar dari Hull University dan telah
berkhidmat sebagai kakitangan awam kerajaan negeri selama 23 tahun.