Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar (REDAC) Universiti
Sains Malaysia (USM) berjaya membangunkan Sistem Saliran Bio-Ekologi atau
Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang berupaya menangani masalah banjir dan
pencemaran sungai dengan lebih berkesan.
Sistem ini adalah idea dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan
dibangunkan oleh REDAC bagi mengatasi permasalahan yang dihadapi sekarang iaitu
mengurangkan kejadian banjir kilat pada tahap minimum serta merawat air hujan
bagi menjamin kualiti air yang baik sebelum memasuki sungai.
Sistem ini adalah pendekatan kawalan pada punca dan menggunakan
proses-proses penahanan, penyusupan dan penyucian supaya kualiti air larian
iaitu air hujan dari kawasan pembangunan dikekalkan seperti keadaan asal.
Sumber dipetik daripada BERNAMA