Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor, dipetik Berita Harian pada 8 Januari 2007 sebagai berkata dari segi umur, remaja dan golongan muda adalah kumpulan tertinggi yang belum mempunyai MyKad, iaitu 205,000 (usia 15 hingga 35 tahun).
Ia diikuti usia 35 hingga 55 tahun (135,000), warga emas berusia 65 tahun ke atas (125,000) dan warga berusia 55 hingga 65 tahun (35,000).
Sarawak mencatat jumlah tertinggi warga negara yang belum menukar MyKad iaitu hampir 79,000 daripada 500,000 rakyat di seluruh negara yang belum berbuat demikian sehingga November lalu.
la diikuti Selangor (65,000), Sabah(55,000), Perak (49,000), Johor (47,000), Kuala Lumpur (43,000), Kelantan (37,000), Kedah (36,000), Pulau Pinang (29,000). Pahang (19,000), Negeri Sembilan dan Terengganu (masing-masing 15,000), Melaka (10,000), Perlis (5,000), Labuan (1,000) dan Putrajaya (28).