- Advertisement -spot_img
4,827
published news
and counting

Amalan 5S Diperluas

Must read

Amalan 5 S diperluas ke Masjid dan Surau seluruh Sarawak

Berikutan kejayaan amalan 5S di Ibu pejabat Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) yang terbukti mampu meningkatkan lagi pengurusan pejabat dan meningkatkan imej organisasi tersebut, TBS telah mengorak lagi langkah untuk memperluaskan amalan 5S di pejabat cawangannya dan sembilan (9) buah masjid dan surau yang terpilih sebagai projek perintis.

Sebagai langkah permulaan, ia akan melibatkan antaranya ialah premis TBS seluruh Sarawak, Masjid Baitul Rahim, Kampung Kolong Dua, Matang, Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma, Kuching serta Masjid Darul Rahman, Kampung Pasir Pandak, Santubong.

Turut dipilih ialah Masjid Darul Ehsan Kampung Loba Kandong, Matang, Surau Darul Malihah, Kampung Bukit Berangan Kota Samarahan, Surau Nur Bakti Islam, Jalan Arang Kuching, Surau Darul Istiqlal, Kampung Sungai Maong, Surau Darul Annuar, Kampung Matang Lot dan Surau Al-Fitrah, Taman Kuching.

Amalan 5S yang diambil dalam bahasa Jepun iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiso (Sapu), Seiketsu (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal), telah digunakan secara meluas di beberapa buah organisasi dan langkah yang diambil TBS adalah yang pertama seumpamanya melibatkan pengurusan dan masjid di negeri ini.

Dalam pelancaran baru-baru ini (14 Januari 2007), Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Haji Daud Abdul Rahman di Dewan Majlis Islam Sarawak (MIS)menyifatkan langkah memperluas amalan 5S di masjid dan surau menepati dasar Islam itu sendiri yang menitikberat aspek kebersihan dan pengurusan yang cekap.

Beliau yang juga pengerusi dan wakaf Baitulmal Negeri Sarawak berkata amalan 5S akan mengubah persepsi kita terhadap surau atau masjid kepada keadaan yang lebih bersih, teratur dan kemas.

Jelasnya, antara matlamat utama amalan 5S di surau dan masjid ialah ia mampu mewujudkan budaya penambahbaikan secara berterusan ataupun “Kaizen”.

Ini jelas beliau sedikit sebanyak berupaya meningkatkan imej dan martabat masjid serta surau.
Katanya konsep amalan itu juga sebagai landasan membina dan menjalinkan Ukhuwah Islamiah di kalangan jemaah disamping menyuburkan semangat kerjasama (gotong-royong) di kalangan penduduk kampung.

“Budaya kekitaan, keprihatinan, berakhlak mulia dan rasa bertanggungjawab terhadap kebersihan tempat ibadah dan kawasan sekitarnya adalah amalan yang terpuji,” tegasnya.

Secara tidak langsung menurutnya, ia mampu memupuk kerjasama melalui penyertaan semua ahli jemaah dan membina amalan kepimpinan di kalangan ahli jawatankuasa masjid dan surau khasnya dan para jemaah.


Statistik Terkini Bilangan Masjid dan Surau di Sarawak *

801 buah Surau
256 buah Masjid

(* setakat 18 Januari 2007)

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article