- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Pelepasan Cuti dan Tarikh Hari Lawatan Keluarga

Must read

Para pelatih Program Khidmat Negara (PKLN) Kumpulan 1 Siri 4/2007 akan diberikan pelepasan cuti dari menjalani latihan di kem sempena Cuti Separuh Penggal dan Cuti Perayaan Agama iaitu Thaipusam. Cuti Separuh Penggal diberikan diberikan kepada semua pelatih mulai 16 Februari sehingga 22 Februari 2007 termasuk perayaan Tahun Baru Cina manakala cuti perayaan Thaipusam hanya untuk pelatih yang menganut agama Hindu mulai 31 Januari sehingga 2 Febuari 2007


Seperti kebiasaan, semua permohonan pelepasan cuti hendaklah dimajukan kepada Komandan Kem masing-masing dan pelatih dibenar meninggalkan kem bermula jam 9 pagi namun WAJIB melapor semula ke kem sebelum jam 5 petang pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan. Kos pengangkutan pulang dan kembali ke kem adalah dibawah tanggungan keluarga pelatih sendiri dan keselamatan pelatih sepanjang tempoh cuti adalah dibawah tanggungjawab keluarga masing-masing.


Sekiranya ibubapa/penjaga pelatih tidak dapat menjemput di kem, pihak kem PLKN akan membantu dalam urusan penghantaran pelatih-pelatih ke stesen bas atau lapangan terbang terdekat.Sehubungan itu, pelatih yang menggunakan kenderaan awam dinasihatkan berbincang dengan komandan kem masing-masing tentang urusan penghantaran dan menjemput dari stesen atau lapangan terbang terdekat. Pelatih yang tidak bercadang untuk pulang bercuti boleh tinggal di kem dan aktiviti alternatif akan disusun oleh kem masing-masing.
Pada masa yang sama, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah mengenalpasti tarikh hari lawatan keluarga untuk pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 4/2007 iaitu pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan untuk semua negeri kecuali negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diadakan pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga. Maklumat terperinci tarikh lawatan adalah seperti berikut :-

Negeri Tarikh Hari Lawatan Keluarga
Kedah, Kelantan dan Terengganu

(Hari Sabtu, minggu pertama dan ketiga)
  • 6 Januari 2007
  • 20 Januari 2007
  • 3 Februari 2007
  • 17 Februari 2007
  • 3 Mac 2007
Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka,

Johor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Sabah
dan Sarawak.
(Hari Ahad, minggu pertama dan ketiga)
  • 7 Januari 2007
  • 21 Januari 2007
  • 4 Februari 2007
  • 18 Februari 2007
  • 4 Mac 2007
Masa lawatan adalah bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Tempat-tempat lawatan khas akan disediakan di setiap kem dan pihak pelawat hendaklah mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Dikeluarkan oleh :

Cawangan Komunikasi Korporat, Jabatan Latihan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article