Surat sampai
lambat dan surat lambat diposkan sering kali menjadi masalah yang tiada
penyelesaiannya di kebanyakan penjara di negara ini. Namun kini perkara ini
mungkin tidak lagi berlaku dan Penjara Miri telah membuktikannya.
Buktinya
dapat dilihat baru-baru ini apabila kebanyakan ibu banduan di Penjara Miri
telah memberi sambutan menggalakkan dengan hadir melawat anak mereka sempena
Hari Ibu. Semua itu terhasil dari pengurusan surat yang cekap yang membolehkan
penerima mendapat surat atau kad ucapan lebih awal.
“Masalah ini sebenarnya telah memberikan idea
kepada kami untuk menghasilkan
sebuah projek yang benar-benar memberi
manfaat kepada kami yang kami namakan “Projek mempercepatkan surat –menyurat
banduan” yang dilaksanakan melalui platform Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
(KMK), jelas TPP Wallace Ak Nawon.
Menurut TPP Wallace Ak Nawon, tugas mereka di penjara bukan sekadar
menjaga banduan sahaja tetapi turut harus melaksanakan tanggungjawab sebagai
agen perubahan dan dalam masa yang sama perlu juga menghormati hak mereka
termasuklah mendapat layanan yang sewajarnya.
Untuk pelaksanaan projek ini,
beberapa perbincangan antara pegawai penjara
mengenai pendekatan menangani masalah (kelewatan surat) telah dilakukan
dan hasilnya Sistem Pos Berpusat.
Menjelaskan lebih lanjut, menurut
Wallace mengikut sistem yang baru diperkenalkan itu semua surat diedarkan ke
blok-blok yang disediakan peti surat khas, jadi banduan yang ingin memohon
surat hanya perlu secara lisan berjumpa dengan pegawai di blok dan seterusnya
tapisan dibuat.
Berbanding
dengan kaedah lama, jelasnya semua surat diletakkan di pejabat rekod sehingga
menimbulkan masalah lambakan surat yang belum ditapis.
Yang menariknya
mengenai sistem baru ini, ia tidak memerlukan pegawai tambahan kerana pegawai
blok akan bertindak sebagai pegawai mel blok yang akan mengedar, mengambil dan
membuat sendiri tapisan surat di blok mereka.
“Surat yang kita terima daripada
peti surat yang dikategori tadi semua telah siap tapisan, cuma kita akan urus
untuk pengeposan”,tambah Wallace.
Ini pastinya menjimatkan masa
kerana proses ini mampu mengelakkan banyak masa terbuang kerana memproses surat
berulangkali seperti sebelum ini.
Katanya pihaknya
bekerjasama dengan Pejabat Pos Miri bagi mengatasi masalah ini.
“Sebelum kami menghasilkan projek
ini, kami telah melakukan beberapa penelitian dan kajian serta semakan dengan menghantar borang data ke kebanyakan
institusi penjara lain di negara ini yang turut mengalami masalah yang sama”,
tambah Wallace.
Beliau berharap inovasi (surat
–menyurat) bukan sekadar memenuhi salah satu keperluan dalam perjanjian Geneva
tetapi lebih daripada itu ianya mampu mewujudkan satu suasana kerja baru dan
menjadi suatu kebanggaan warga Penjara
Miri.
Katanya melalui projek seumpama ini,secara tidak langsung idea pegawai
diiktiraf yang pastinya menimbul rasa bangga terhadap keupayaan mereka dengan
sistem yang digunapakai dari situ akan
timbul rasa keseronokan bila bekerja.