- Advertisement -spot_img
4,777
published news
and counting

Menjalin dan Mempereratkan Hubungan Harmonis

Must read

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) merupakan forum
bagi agensi perkhidmatan awam untuk berbincang secara harmoni terutamanya
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan isu-isu pentadbiran, sumber manusia
dan kewangan selain daripada isu-isu yang melibatkan Dasar Kerajaan. Hubungan harmoni di antara Majikan dan
Pekerja adalah penting bukan hanya di sektor swasta tetapi juga di sektor awam. Hubungan yang harmoni ini akan menjurus
kepada peningkatan produktiviti dalam sektor perkhidmatan awam.

MBJ merupakan suatu jentera atau mekanisma
perundingan untuk menunjukkan keadaan perhubungan majikan-pekerja di dalam
perkhidmatan awam di peringkat jabatan. Perkara ini adalah penting dalam
konteks menarik pelaburan asing kerana ia sering dilaporkan di forum peringkat
antarabangsa seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Para
pelabur asing sentiasa mengambil berat tentang suasana yang mesra dan harmoni
di antara Pihak Pekerja dan Majikan di sektor awam mahu pun di sektor swasta
kerana ia akan meningkatkan daya pengeluaran pekerja-pekerja.

Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri Sarawak
telah mengambil inisiatif menganjurkan satu konvensyen berkaitan perkara ini
yang telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2007 di Bintulu.

Konvensyen pertama seumpamanya dianjurkan di negara ini menyaksikan
penyertaan 78 orang pegawai yang terdiri dari kementerian-kementerian
Persekutuan, pejabat-pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Semananjung Malaysia
dan juga Sabah serta Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Selain itu
80
orang peserta yang mewakili peringkat pengurusan dan pekerja dari 80 buah
agensi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak yang merangkumi kementerian, jabatan,
badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan juga turut hadir.

YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua
Menteri Sarawak telah merasmikan persidangan ini.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Pehin Sri Ketua
Menteri menyatakan bahawa adalah amat perlu perkhidmatan awam sentiasa
memastikan keberterusan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan cekap
diutamakan bagi memastikan kelancaran perjalanan pentadbiran dan pengurusan
kerajaan.

YAB Pehin Sri juga mengesa warga kerja
perkhidmatan awam agar proaktif terhadap sebarang perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka dan dalam masa yang sama terus berusaha memastikan
penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat dilaksanakan.

Beliau seterusnya menambah ketidakupayaan atau
pentadbiran yang tidak cekap akan mendedahkan kerajaan kepada kritikan-kritikan
yang (mungkin) tidak membina dari kalangan masyarakat.

YAB Pehin Sri Ketua Menteri menegaskan adalah
penting ini diatasi kerana pentadbiran yang tidak cekap atau lemah akan membolehkan anasir luar yang akan mengambil kesempatan untuk campur tangan.

Terdahulu, YB Datu Wilson Baya Dandot, Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK) dalam ucapan aluan beliau, menyatakan bahawa
Konvensyen Majlis Bersama
Jabatan (MBJ) Sarawak 2007 ini melakarkan sejarah sebagai yang julung kalinya
diadakan dan Negeri Sarawak telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan konvensyen ini selaras dengan penekanan
terhadap urus tadbir cemerlang (Good
Governance
) Perkhidmatan Awam oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Ketua
Menteri Sarawak.

“Saya ingin menegaskan bahawa proses
penambahbaikan (continual improvement)
perlu diteruskan dalam perjalanan MBJ supaya ia menjadi suatu jentera atau
mekanisma yang sentiasa efektif dalam hal ehwal perhubungan majikan-pekerja dalam usaha membaiki dan meningkatkan hasil dan mutu kerja di setiap agensi.”

“Saya juga berharap bahawa Wakil Pihak Pekerja
akan ambil langkah proaktif dan tindakan susulan untuk menyebarkan maklumat dan
keputusan kepada pekerja-pekerja yang mereka mewakil serta mempelawa cadangan
dan idea untuk memupukkan kerjasama di antara Pihak Majikan dan Pihak Pekerja
supaya mempertingkatkan lagi produktiviti dan keberkesanan agensi-agensi
mereka.”

YB Datu SUK juga menekankan betapa pentingnya
semua agensi kerajaan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (80 buah
kesemuanya) supaya menepati syarat yang ditetapkan iaitu mengadakan mesyuarat
empat (4) kali setahun dengan sekali dalam setiap suku tahun serta menghantar
Minit Mesyuarat dalam tempoh dua (2) minggu selepas mesyuarat.

YB Datu Wilson juga memaklumkan bahawa bagi
tahun 2005, 11 agensi kerajaan di Sarawak telah diberikan Sijil Penghargaan
oleh pihak JPA sebagai pengiktirafan kejayaan mengadakan mesyuarat MBJ sebanyak
empat (4) kali sepanjang tahun 2005.

Pada konvensyen ini sebanyak enam (6) kertas
kerja mengenai pengalaman perjalanan MBJ dibentangkan oleh agensi-agensi
kerajaan yang berkaitan iaitu dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia,
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Pahang, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Jabatan Tanah & Survei Sarawak,
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Info

Objektif Konvensyen MBJ Sarawak 2007 yang
menggunakan tema
“Menjalin dan
Mempereratkan Hubungan Harmonis Majikan-Pekerja”
adalah
untuk :

  • Membolehkan agensi-agensi perkhidmatan awam berkongsi pengalaman dalam pengendalian MBJ di
    agensi masing-masing.
  • Mewujudkan forum untuk agensi-agensi perkhidmatan
    awam Malaysia amnya dan Negeri Sarawak khasnya untuk berinteraksi dan
    mewujudkan jaringan kerja.

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article