Ketika mengadakan lawatan kerja sulung beliau ke beberapa
jabatan persekutuan di Kuching pada penghujung bulan Januari 2007 yang lalu, YB
Datu Wilson Baya Dandot, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) telah meluangkan masa
meninjau suasana kerja dan suasana pejabat di Jabatan Imigresen Malaysia,
Sarawak; Jabatan Pendaftaran Negara, Sarawak dan jabatan Pelajaran Negeri,
Sarawak.
Dalam
lawatan kerja berkenaan, YB Datu SUK telah memaklumkan beberapa perkara yang
perlu dipertingkatkan terutamanya dari sudut kebersihan, kekemasan dan
keselesaan di pejabat yang pada beliau penting kerana ia juga akan menyumbang
kepada keberkesanan melaksanakan tugasan yang diberikan dan secara langsung
akan meningkatkan produktiviti warga kerja berkenaan dari perspektif individu
dan jabatan secara amnya.
Untuk itu
YB Datu SUK menyarankan agar jika terdapat lebihan peruntukan dalam operasi
jabatan adalah lebih baik digunakan untuk tujuan meningkatkan kebersihan,
kekemasan dan keselesaan di pejabat untuk kepentingan semua pihak – warga kerja
dan juga pelanggan.
Jabatan
yang produktivitinya tinggi/baik pasti akan meningkatkan keyakinan pelanggan
atau masyarakat yang berurusan dengan jabatan berkaitan akan kecekapan dan kebolehan
warga kerja perkhidmatan awam membantu mereka dalam kehidupan mereka.
YB Datu
SUK juga mengingatkan akan tentang keselamatan pejabat iaitu perlu diambil kira
akan hal-hal yang berkaitan sumber-sumber yang memungkinkan berlakunya
kebakaran. Sehubungan dengan itu beliau
amat mengagumi usaha yang telah dijalankan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,
Sarawak yang berjaya melakukan transformasi bukan sahaja secara fizikalnya
malah cara warga kerjanya melaksanakan tugasan mereka.
Pendekatan
Jabatan Pendaftaran Negara, Sarawak yang mengguna pakai amalan 5S telah
meningkatkan imej jabatan secara fizikal dan memberikan keselesaan bukan sahaja
kepada pelanggan yang berurusan di jabatan itu malah warga kerjanya.