- Advertisement -spot_img
4,844
published news
and counting

Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

Must read


Peraturan bertujuan menjadikan persekitaran kawasan pejabat yang bersih disusuli dengan jaminan kebersihan udara yang dihirup.

Kawasan larangan merokok juga perlu dipatuhi kerana jika sebaliknya, seseorang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun.

Merokok adalah perbuatan yang memudaratkan kesihatan diri dan juga orang lain yang bukan perokok.

Sehubungan itu, pelbagai larangan telah dibuat oleh kerajaan dalam mengawalnya seperti larangan iklan dan penajaan barangan berkaitan tembakau, larangan sampel barangan tembakau, larangan menjadikan produk tembakau sebagai hadiah atau pemberian, larangan jualan produk tembakau kepada golongan di bawah umur 18 tahun, larangan penjualan rokok dalam bungkusan terbuka, larangan dagangan mesin untuk barangan tembakau dan keperluan meletakkan label bahaya merokok kepada kesihatan pada bungkusannya.

Antara kawasan larangan merokok ketika ini ialah pusat hiburan atau teater (kecuali pub, pusat disko, kelab malam dan kasino), hospital dan klinik, lif awam dan tandas, kawasan makan atau kedai berhawa dingin, kenderaan awam dan terminal pengangkutan awam, lapangan terbang, bangunan dan premis kerajaan, institusi pendidikan, taman asuhan, bas sekolah, kaunter perkhidmatan (Bank,Telekom, Pos Malaysia dan sebagainya), pusat membeli belah, stesen minyak, stadium, kompleks sukan, pusat kesihatan dan gimnasium, rumah beribadat, perpustakaan dan kafe siber.

Dalam usaha penguatkuasaan itu, para pemilik bangunan dan penghuni juga mempunyai tanggungjawab masing-masing.

Mereka perlu menampal tanda dilarang merokok pada sepanjang masa di premis atau kenderaan yang berkaitan, memastikan tidak ada orang merokok di tempat yang disebutkan.

Para penjual rokok pula perlu memaparkan tanda larangan menjual produk tembakau kepada individu bawah umur pada sepanjang masa.

ke artikel asal

Click to rate this post!
[Total: 0 Average: 0]
- Advertisement -spot_img

More articles

- Advertisement -spot_img

Latest article